Risiko Pemimpin Pendidikan tanpa Kemahiran Kepimpinan Instruksional
Keywords:
Risiko, kepimpinan instruksional, Pemimpin Pendidikan, kemahiran, Risk, instructional leadership, Educational Leader, skillsAbstract
Risiko Pemimpin Pendidikan Tanpa Kemahiran Kepimpinan Instruksional memperkatakan tentang perkara yang akan berlaku sekiranya Pemimpin Pendidikan tidak memiliki kemahiran tersebut. Kemahiran kepimpinan instruksional penting untuk membolehkan seseorang pentadbir di institusi masing-masing mengendalikan masa instruksional secara terancang. Pengendalian masa instruksional yang tidak cekap akan mendatangkan risiko kepada Pemimpin Pendidikan. Risiko merupakan sesuatu yang tidak dijangka yang berlaku kepada sesiapa sahaja dan di mana sahaja. Bagi Pemimpin Pendidikan, mereka seharusnya mengetahui pelbagai cara untuk mengelakkan berlakunya risiko. Salah satunya mereka perlu memiliki ilmu-ilmu mentadbir instruksional di sekolah. Pencapaian matlamat dalam mengendalikan organisasi bergantung kepada kebijaksanaan pengurus untuk melihat risiko yang akan berlaku pada masa hadapan. Pelbagai risiko yang dihadapi seperti sukar mencapai visi dan misi organisasi/sekolah sama ada untuk membuat perubahan ataupun melaksanakan program. Risiko yang lain termasuklah elemen ketidakpercayaan kepada pentadbir yang tidak memiliki kemahiran kepimpinan instruksional kerana pemimpin yang tidak pandai mentadbir sukar untuk mendapatkan sokongan dalam kumpulan. Begitu juga risiko Pemimpin Pendidikan mungkin menghadapi kesukaran untuk mengubah budaya yang telah biasa diamalkan jika pentadbir sendiri masih lagi mengikut cara kepimpinan intruksional yang lama dan tidak mahu menerima pendekatan-pendakatan yang baharu.
Report entitled Risks of Educational Leaders Without Instructional Leadership Skills talks about what will happen if Educational Leaders do not have those skills. Instructional leadership skills are important to enable an administrator in each institution to manage instructional time in a planned manner. Educational leaders will find themselves compromised if instructional time management is inefficient. Risk is something unexpected that happens to anyone and anywhere. For Educational Leaders, they should know various ways to avoid risks. One of them is that they need to have the knowledge of instructional administration in schools. The achievement of goals in managing the organization depends on the manager's wisdom to see the risks that will occur in the future. Various risks faced such as difficulties in achieving the vision and mission of the organization/school whether to make changes or implement programs. Another risk includes an element of mistrust to administrators who do not have instructional leadership skills because leaders who are not good at administering will find it difficult to gain support in the group. Similarly, there is a risk that Educational Leaders may face difficulties in changing the culture that has been practiced if the administrators themselves still follow the old instructional leadership style and do not want to accept new approaches.