HUBUNGAN ANTARA AMALAN LESSON STUDY DENGAN KEBERKESANAN PENGAJARAN GURU
Keywords:
Lesson Study, Amalan Pengajaran, Keberkesanan pengajaranAbstract
Lesson Study merupakan suatu program pembangunan guru yang berterusan dan menggalakkan guru bekerja secara kolaboratif. Program ini melibatkan sokongan rakan sekerja serta amalan reflektif yang dilihat berpotensi untuk mengubah amalan pengajaran guru dan meningkatkan pembelajaran murid. Guru yang mengamalkan Lesson Study memberi pandangan dan kesan positif ke atas amalan pengajaran dan pembelajaran. Kajian yang berbentuk kajian kes ini melibatkan 36 orang guru di sebuah sekolah di daerah Kuala Terengganu yang melaksanakan Lesson Study sebagai program pembangunan profesional. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan pengumpulan data melalui soal selidik bagi mengkaji keberkesan pengajaran mereka dengan amalan Lesson Study. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru yang mengamalkan Lesson Study dalam pengajaran memberi kesan yang besar dengan meningkatkan keupayaan mereka untuk memadankan strategi pengajaran dengan keperluan pembelajaran murid. Keputusan juga menunjukkan bahawa amalan Lesson Study meningkatkan keyakinan pengajaran dan mempunyai faedah secara langsung untuk belajar melalui kerjasama dalam kalangan murid.