PEMBANGUNAN MEDIUM PEMBELAJARAN MENERUSI APLIKASI YOUTUBE BAGI PEMBELAJARAN KIMPALAN JENIS SMAW TERHADAP PELAJAR KIMPALAN DI KOLEJ VOKASIONAL

Authors

  • MOHD ERFY ISMAIL Fakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional, UTHM, Malaysia
  • MUHAMAD SALAHUDDIN HASBULLAH Fakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional, UTHM, Malaysia
  • IRWAN MAHAZIR ISMAIL Pusat Teknologi Pengajaran & Multimedia, USM, Malaysia
  • MOHAMAD BASRI NADZERI Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, USM, Malaysia
  • MOHD HASRIL AMIRUDDIN Fakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional, UTHM, Malaysia
  • NADZRAH SA’ADAN Academy of Language Studies, UiTM, Malaysia

Keywords:

Gaya pembelajaran, Minat, Literasi, Youtube, SMAW

Abstract

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang pesat hari ini telah memberi nafas baru untuk menggunakan komputer dalam pendidikan. Salah satu yang semakin popular sekarang ini adalah teknologi multimedia yang menggabungkan pelbagai media seperti teks, grafik, animasi, video dan audio yang dikendalikan oleh komputer. Dengan teknologi ini, pelbagai perisian dan aplikasi multimedia dapat dikembangkan untuk meningkatkan kualiti pendidikan dari aspek gaya pembelajaran, minat dan literasi pelajar. Tujuan kajian ini adalah untuk membangunkan medium pembelajaran menerusi aplikasi Youtube bagi pembelajaran kimpalan jenis SMAW terhadap pelajar kimpalan Kolej Vokasional Kerian dan mengenal pasti potensi medium pembelajaran menerusi aplikasi Youtube yang dibina dalam meningkatkan gaya pembelajaran, minat dan literasi pelajar. Pembangunan medium pembelajaran tersebut menggunakan model ADDIE. Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan berbentuk deskriptif. Responden yang seramai 103 orang dipilih sebagai sampel kajian adalah dari pelajar kursus teknologi kimpalan KV Kerian. Data yang diperolehi dikumpul dan dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 21. Berdasarkan analisis yang dibuat, nilai kebolehpercayaan instrumen adalah 0.872 dan menunjukkan kebolehpercayaan instrumen berada pada tahap tinggi. Hasil kajian mendapati bahawa medium pembelajaran menerusi aplikasi Youtube bagi pembelajaran kimpalan jenis SMAW dapat meningkatkan gaya pembelajaran (3.62), minat (3.65) dan literasi pelajar (3.59), seterusnya menjadikan proses pembelajaran lebih menarik disamping dapat menambah baik alat bahan bantu mengajar (ABBM) yang sedia ada.

Downloads

Published

2022-09-01