KEPUASAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN KERANGKA KOMUNITI INKUIRI PEMBELAJARAN DALAM TALIAN DI KALANGAN PELAJAR GURU PDPP DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU [LEARNING SATISFACTION USING ONLINE LEARNING INQUIRY COMMUNITY FRAMEWORK AMONG PDPP TEACHER...]

Authors

  • HASLINAH ABDULLAH Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Negeri Sembilan, Malaysia
  • NORISAH MOHAMED NOR Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Negeri Sembilan, Malaysia
  • ROZIAH ANUAR Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Negeri Sembilan, Malaysia

Keywords:

Pembelajaran dalam talian, komuniti inkuiri pembelajaran, kepuasan pelajar, guru pelatih, Online Learning, inquiry community framework, teacher satisfaction, teacher trainee

Abstract

Pandemik Covid-19 yang melanda di seluruh negara menyebabkan pembelajaran dalam talian dilaksanakan agar masih berlaku kelangsungan pendidikan. Pelajar pendidikan tinggi termasuk pelajar guru telah mengalami pengalaman pembelajaran dalam talian. Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi pelajar guru Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan  (PDPP) ke atas kualiti pengalaman pembelajaran dalam talian mengikut Kerangka Komuniti Inkuiri dan hubungannya dengan kepuasan pelajar. Sampel kajian adalah seramai 152 orang pelajar guru PDPP terdiri daripada 130 orang guru perempuan dan 22 orang guru lelaki, iaitu 59.2% adalah berbangsa Melayu, 40.1% Cina, dan 0.7% bangsa lain-lain. Mereka mengikuti pengkhususan dalam Reka bentuk dan Teknologi (RBT) (30.0%), Matematik (21.0%), Sains (18%) dan Pendidikan Agama Islam (PAI)(83%). Dalam Kerangka Komuniti Inkuiri, dimensi kewujudan pengajaran adalah memuaskan (min=4.67±0.44). Pensyarah menunjukkan aspek rekabentuk dan organisasi pengajaran (min=4.72±0.45), pemudahcaraan (min=4.63±0.50), dan kejelasan pengajaran (min=4.67±0.48) yang memuaskan. Dimensi kewujudan sosial didapati mendapat min yang agak rendah (min=4.45±0.51), iaitu dari aspek ekspresi afektif (min=4.39±0.56), kejelekitan kumpulan (min=4.38±0.) dan komunikasi terbuka (min=4.59±0.51). Bagi dimensi kewujudan kognitif didapati agak memuaskan (min=4.56±0.49), dengan aspek penyelesaian masalah didapati min paling rendah (min=4.46±0.59) berbanding dengan aspek penerokaan (min=4.61±0.53), dan integrasi (min=4.60±0.51). Kepuasan pelajar guru dalam melalui pengalaman pembelajaran dalam talian adalah memuaskan (min=4.71±0.44). Ketiga-tiga dimensi ini menunjukkan perkaitan yang signifikan (p ≤ 0.05) dengan kepuasan pelajar. Kerangka Komuniti Inkuiri adalah penting dalam mempastikan kepuasan pelajar guru dalam pembelajaran dalam talian jika mod pembelajaran dalam talian atau pembelajaran hibrid hendak diteruskan bagi program ini.

The world has been hit by the spread of the Covid-19 pandemic caused online learning to be implemented so that education can continue. Higher education students, as well as teacher-students, have experienced online learning for the first time. This study aims to survey the perceptions of Postgraduate Diploma in Education Program (PDPP) teacher students on the quality of the online learning experience according to the Inquiry Community Framework and its relationship with student satisfaction. The sample of the study is a total of 152 student teachers who follow the PDPP consisting of 130 female teachers and 22 male teachers, of which 59.2% are Malays, 40.1% Chinese, and 0.7% other races. They pursue specializations in Design and Technology (RBT) (30.0%), Mathematics (21.0%), Science (18%) and Islamic Religious Education (PAI) (83%). In the Inquiry Community Framework, the dimension of teaching presence was satisfactory (mean = 4.67 ± 0.44). The lecturers showed satisfactory in aspects of teaching design and organization (mean = 4.72 ± 0.45), facilitation (mean = 4.63 ± 0.50), and teaching clarity (mean = 4.67 ± 0.48). The dimension of social presence was found to have a relatively low mean (mean = 4.45 ± 0.51), namely from the aspects of affective expression (mean = 4.39 ± 0.56), group coherence (mean = 4.38 ± 0.) and open communication (mean = 4.59 ± 0.51). The dimension of cognitive presence was found to be quite satisfactory (mean = 4.56 ± 0.49), with the aspect of problem-solving found the lowest mean (mean = 4.46 ± 0.59) compared to the aspect of exploration (mean = 4.61 ± 0.53), and integration (mean = 4.60 ± 0.51). Teacher-student satisfaction through the online learning experience was satisfactory (mean = 4.71 ± 0.44). These three dimensions showed a significant correlation (p ≤ 0.05) with student satisfaction. The Inquiry Community framework is important in ensuring teacher-student satisfaction in online learning if the online learning or blended learning is to be continued for this program.

Downloads

Published

2022-09-01