PENGETAHUAN ISI KANDUNGAN FIQH DALAM KALANGAN GURU-GURU UGAMA DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM [KNOWLEDGE OF FIQH CONTENT AMONG RELIGIOUS TEACHERS IN BRUNEI DARUSSALAM]
Keywords:
Pengetahuan Isi Kandungan, Pendidikan Islam, Pengajaran Fiqh, Content Knowledge, Islamic Education, Fiqh TeachingAbstract
Abstract: Content knowledge is one of the components of the pedagogical content knowledge which founded by Shulman in the 1980’s. Numerous studies have been conducted to measure the teacher’s content knowledge in various subject areas. Therefore, this study aims to identify the level of Fiqh content knowledge among Islamic religious teachers in Brunei Darussalam. Survey research is used to obtain data through questionnaire instruments. A total of 469 Islamic religious teachers of Primary IV, V, and VI were involved in this study. Alpha cronbach reliability value gained by 0.896. Descriptive analysis is used in this study to obtain frequency, percentage, mean, and standard deviation. Overall, the teacher's content knowledge level is at a very high level with a Mean value 4.29, SD 0.43. In conclusion, Islamic religious teachers able to master the knowledge in Fiqh contents taught at the religious school level. Islamic Religious teachers are also advised to always increase the current knowledge about Fiqh so that it can be shared with the students during the teaching process in the classroom.
Abstrak: Pengetahuan isi kandungan merupakan salah satu komponen di dalam pengetahuan pedagogikal kandungan yang diasaskan oleh Shulman sekitar tahun 1980-an. Banyak kajian telah dijalankan untuk mengukur pengetahuan isi kandungan guru dalam pelbagai bidang pelajaran. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan isi kandungan Fiqh dalam kalangan guru-guru ugama di Negara Brunei Darussalam. Kajian secara tinjauan digunakan untuk memperoleh data menerusi instrumen soal selidik. Seramai 469 orang responden guru-guru ugama Darjah IV, V, dan VI terlibat dalam kajian ini. Nilai kebolehpercayaan alpha cronbach yang diperolehi sebanyak 0.896. Analisis deskriptif digunakan dalam kajian ini untuk mendapatkan kekerapan, peratus, min, dan sisihan piawai. Secara keseluruhan tahap pengetahuan isi kandungan guru berada pada tahap yang sangat tinggi dengan nilai Min 4.29, SP 0.43. Kesimpulannya, guru-guru ugama mampu menguasai dan berpengetahuan terhadap isi kandungan pelajaran Fiqh yang diajarkan pada peringkat sekolah ugama. Guru-guru ugama juga disarankan agar sentiasa menambah ilmu pengetahuan semasa tentang Fiqh supaya dapat dikongsikan dengan murid semasa proses pengajaran di dalam bilik darjah.