Pengaruh Komitmen Perubahan Terhadap Pembangunan Keupayaan Pensyarah dalam Melaksanakan Transformasi IPG
Keywords:
Amalan Komitmen Perubahan, Afektif, Normatif, Penerusan, Pembangunan Keupayaan Pensyarah, Commitment to Change Practice, Affective, Normative, Continuation, Development of Lecturer CapabilitiesAbstract
Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) telah melancarkan Program Transformasi IPG 2016-2025 yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi Institut Pendidikan Guru dengan mengupaya dan membangunkan profesionalisme pemimpin dan pensyarah dalam usaha meningkatkan prestasi pendidikan negara. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti sumbangan komitmen dalam melaksanakan Program Transformasi IPG menerusi tiga dimensi iaitu afektif, normatif dan penerusan terhadap Pembangunan Keupayaan Pensyarah di IPG. Kajian tinjauan inferensi digunakan untuk mengenal pasti sumbangan amalan komitmen dalam melaksanakan Program Transformasi IPG terhadap pembangunan keupayaan pensyarah. Seramai 97 orang responden yang terdiri daripada pegawai perkhidmatan pendidikan dari sebuah IPG di Bandar Enstek dipilih secara rawak. Analisis regresi berganda menunjukkan bahawa ketiga-tiga pembolehubah pemalar yang terdiri daripada dimensi komitmen mempunyai korelasi dan memberi sumbangan (20 %) yang signifikan (p<0.05) kepada Pembangunan Keupayaan Pensyarah di IPG. Pembolehubah peramal yang tertinggi dan menyumbang sebanyak 15.7 % adalah dimensi afektif (β=0.307, t=6.228 dan p=0.000). Pembolehubah peramal yang kedua terpenting yang menyumbang sebanyak 3.4 % kepada pembangunan keupayaan pensyarah ialah dimensi normatif (β=0.198, t=4.026 dan p=0.000). Manakala, dimensi penerusan pula menyumbang sebanyak 0.9 % kepada pembangunan keupayaan pensyarah (β=-0.96, t=-2.134 dan p=0.033). Dapatan penyelidikan ini memberikan maklumat tambahan kepada pihak berkepentingan iaitu Institut Pendidikan Guru Malaysia untuk merangka gerak kerja bagi meningkatkan komitmen dalam kalangan pensyarah bagi memastikan peningkatan komitmen itu dapat meningkatkan keupayaan mereka serta meningkatkan kualiti pendidikan negara.
The Institute of Teacher Education Malaysia (IPGM) has launched the IPG Transformation Program 2016-2025 aimed to improve the performance of the Institute of Teacher Education by striving and developing the professionalism of leaders and lecturers in an effort to improve the performance of the nation’s educational performance. This research aims to identify the contribution of commitment in implementing the IPG Transformation Program through three dimensions namely affective, normative and continuation towards the Development of Lecturers' Capabilities at IPG. An inferential survey study was used to identify the contribution of commitment practices in implementing the IPG Transformation Program to the development of lecturers' capabilities. A total of 97 respondents consisting of education service officers from an IPG in Bandar Enstek were randomly selected. Multiple regression analysis shows that the three constant variables that comprise the dimension of commitment have a correlation and contribute (20.0%) significantly (p<0.05) to the Development of Lecturers' Capabilities at IPG. The highest predictor variable and contributing as much as 15.7 % is the affective dimension (β=0.307, t=6.228 dan p=0.000). The second most important predictor variable that contributes 3.4 % to the development of lecturers' ability is the normative dimension (β=0.198, t=4.026 dan p=0.000). Meanwhile, the continuity dimension contributes as much as 0.9 % to the development of the lecturer's ability (β=-0.96, t=-2.134 dan p=0.033). The findings of this research provide additional information to the stakeholders namely the Malaysian Institute of Teacher Education in developing a framework to increase commitment among lecturers to ensure that such commitment enhances their capabilities and improve the performance of the nation’s educational performance.