HUKUMAN ROTAN MENURUT PERSPEKTIF AGAMA ISLAM DAN UNDANG-UNDANG: SUATU KEWAJARAN DALAM KONTEKS PENDIDIKAN DI MALAYSIA [CANING PUNISHMENT FROM THE PERSPECTIVE OF ISLAMIC RELIGION AND LAW: ITS APPROPRIATENESS WITHIN THE MALAYSIAN EDUCATIONAL CONTEXT]

Authors

  • Husril Mula Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Mohd Isa Hamzah Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Hukuman rotan, pendidikan, agama Islam, undang-undang, Caning punishment, education, Islam, law

Abstract

Abstrak: Hukuman rotan merupakan isu yang sering menjadi polemik dalam negara sehingga menjadi perbincangan diperingkat antarabangsa. Sebahagian negara-negara barat menolak dan meletakkan hukuman rotan sebagai suatu kesalahan di sisi undang-undang. Sebaliknya negara Malaysia menerima hukuman rotan dalam konteks pendidikan berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kewajaran hukuman rotan dalam konteks pendidikan menurut perspektif Islam, aspek undang-undang dan dasar-dasar yang berkaitan dengannya. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kepustakaan iaitu analisis dokumen seperti al-Quran, al-Hadis, artikel, jurnal, surat pekeliling dan bahan-bahan yang berkaitan. Dapatan kajian menunjukkan hukuman rotan dalam Islam merupakan pilihan terakhir setelah kaedah pengajaran seperti nasihat, bimbingan, teguran dan didikan tidak berkesan. Justeru, hukuman rotan boleh dilakukan dengan syarat di mana hukuman itu tidak boleh mendatangkan kecederaan fizikal atau kecacatan, tidak mematahkan mana-mana anggota tubuh badan dan tidak meninggalkan kesan yang kekal serta mematuhi batasan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia berlandaskan peruntukan undang-undang dalam negara. Kajian ini diharap dapat memberikan pemahaman yang lebih jelas kepada golongan pendidik, ibu bapa dan penggubal dasar mengenai amalan disiplin yang berkesan dan beretika menurut perspektif agama Islam, sekaligus menyumbang kepada pembentukan sistem pendidikan yang lebih manusiawi dan berlandaskan syariah Islamiyyah.

Abstract: Caning punishment is an issue that is often a polemic in the country and has become a discussion at the international level. Some western countries reject and place caning as an offense under the law. On the other hand, Malaysia accepts caning in the context of education based on established guidelines. This study aims to analyze the appropriateness of caning in the context of education according to the Islamic perspective, legal aspects and policies related to it. This study uses a literature review approach, namely the analysis of documents such as the Quran, Hadith, articles, journals, circulars and related materials. The study findings show that caning in Islam is a last resort after teaching methods such as advice, guidance, reprimand and education are ineffective. Therefore, caning caning can be carried out on the condition that the punishment cannot cause physical injury or disability, does not break any body parts and does not leave permanent effects and complies with the limitations and guidelines set by the Ministry of Education Malaysia based on the provisions of the law in the country. This study is hoped to provide a clearer understanding to educators, parents and policymakers regarding effective and ethical disciplinary practices according to the perspective of Islam, while also contributing to the formation of a more humane education system based on Islamic Sharia.

References

Abdullah Muhammad Basmeih. 1987. Tafsir pimpinan Al-Rahman (8th ed.). Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.

Ahmad Ruslan Afendi , Ana Sulton Mutmainah, Amalia Muchsinun & Muhammad Ramdani. 2022. Tinjauan hadits: Mendidik anak dalam perspektif Islam dengan memukul. Raudhatul Athfal: Jurnal Pendidikan Islam Anak Usia Dini, 6(2): 82-105.

Aizathul Hani Abd Hamid, Mohamad Hafis Amat Simin & Khairol Anuar Kamri. 2018. Implikasi hukuman fizikal terhadap anak dalam masyarakat Melayu Johor, Malaysia. Jurnal Ilmu Sosial, 1(2): 131-142.

Fachrurrozy Hatzly. 2024. Penafsiran waḍribūhunna dalam QS: al-Nisa ayat 34 serta kaitannya dengan pembinaan keluarga. (Publication No: 200303086) Tesis Sarjana. Universitas Islam Negeri Al-Raniry.

Ghoffar, M. A. 2003. Tafsir Ibnu Katsir. t.tp.: Pustaka Imam asy-Syafi’i.

Hamdani, Muhamad Helmi Md Said & Zinatul Ashiqin Zainol. 2021. Kesan Hukuman Sebat terhadap Pesalah Jenayah Syariah di Aceh. Islāmiyyāt, 43(Isu Khas): 79-92

Hisny Fajrussalam, Lena Putri Tejakusuma, Liana Lestari & Nadya Afriati Mumtaz. 2023. Kekerasan pada anak dalam sudut pandang hukum Islam. Jurnal Ilmiah Wahana Pendidikan, 9(16): 449-456.

Marinu Waruwu. 2024. Pendekatan penelitian kualitatif: Konsep, prosedur, kelebihan dan peran di bidang pendidikan. Jurnal Penelitian dan Evaluasi Pendidikan, 5(2): 198-211.

Mohd Afiq Shafirin Abd Aziz. 2023. Hak keistimewaan Melayu-Islam di Malaysia: Satu analisis dari perspektif perlembagaan persekutuan. Asian People Journal, 6(1): 82-92.

Mohd Rafi Mohd Sanusi & Nasrul Hisyam Nor Muhamad. 2021. Konsep hukuman sebat menurut hukum syarak dan undang-undang negeri Johor. INSLA e-Proceedings, 4(1): 42-56.

Muhammad Rizal Aziz. 2023. Konsep pendidikan karakter perspektif Albert Bandura: Studi analisis dan implikasi terhadap karakter Islami siswa di era digital. Tesis Sarjana. Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah.

Nadiyah Hashim, Jamalia Aurani & Noraini Ismail. 2022. Pukulan mendidik dalam Islam bagi membentuk konsitensi solat anak-anak. E-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi, 9(1): 83-94.

Nur ‘Izzati Ahmad Fisol & Mohd Al Adib Samuri. 2020. Perundangan berkaitan pendisiplinan pelajar tahfiz di Malaysia. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences, 3(1): 54-71.

Nurul Zahida Anuar, Nur Diyana Kamal & Shahrul Mizan Ismail. 2022. Human korporal menurut perspektif Jurispruden. Kanun: Jurnal Undang-undang Malaysia, 34(2): 185-200.

Siti Amalina Ahmad Khairundin, Mumtazah Narowi, Noor Fadhzana Mohd Noor & Hafiza Ab Hamid. 2021. Aplikasi sunnah terhadap garis panduan hukuman rotan di Kementerian Pendidikan Malaysia. Journal of Hadith Studies, 6(1): 10-21.

Wan Nurhafeza Wan Salam & Abdul Mutalib Embong. (2024, Ogos 3). Masalah disiplin pelajar: Kembalikan kuasa autokratik kepada sekolah. Astro Awani.https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kolumnis-masalah-disiplin pelajar-kembalikan-kuasa-autokratik-kepada-sekolah-481871

Downloads

Published

2026-03-05