EKOSISTEM SEKOLAH DAN PEMBENTUKAN SAHSIAH MURID: CABARAN DAN AMALAN GURU PENDIDIKAN ISLAM DI SEKOLAH LUAR BANDAR [SCHOOL ECOSYSTEM AND STUDENT PERSONALITY FORMATION: CHALLENGES AND PRACTICES OF ISLAMIC EDUCATION TEACHERS IN RURAL SCHOOLS]

Authors

  • Muhammad Syafiq Salehudin Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Mohd Isa Hamzah Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

sahsiah murid, pendidikan Islam, ekosistem sekolah, qudwah hasanah, sekolah luar bandar, student character, Islamic education, school ecosystem, qudwah hasanah, rural schools

Abstract

Abstrak: Pembentukan sahsiah murid dalam pendidikan Islam semakin mencabar dalam landskap pendidikan semasa, khususnya apabila proses sosialisasi murid dipengaruhi oleh rakan sebaya dan media digital sejak usia awal. Cabaran ini lebih ketara di sekolah rendah luar bandar yang berhadapan dengan kekangan sosioekonomi serta keterbatasan sokongan literasi nilai. Kajian kualitatif ini bertujuan meneroka bagaimana ekosistem sekolah mempengaruhi pembentukan sahsiah murid dari perspektif guru Pendidikan Islam. Temu bual separa berstruktur telah dijalankan ke atas dua orang guru Pendidikan Islam perempuan yang mempunyai pengalaman mengajar selama 22 tahun di sebuah sekolah rendah luar bandar di Sabah. Data dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik. Dapatan kajian mengenal pasti dua tema utama, iaitu (i) peranan guru Pendidikan Islam sebagai qudwah hasanah dalam ekosistem sekolah yang semakin kompleks, dan (ii) pengaruh rakan sebaya serta media digital sebagai mikrosistem baharu dalam pembentukan sahsiah murid. Kajian ini mendapati bahawa walaupun guru kekal sebagai agen tarbiah utama, keberkesanan pembentukan sahsiah murid semakin bergantung kepada keselarasan keseluruhan ekosistem sekolah serta keupayaan menangani pengaruh digital yang semakin dominan. Kajian ini menyumbang kepada pemahaman yang lebih realistik dan kontekstual tentang pembentukan sahsiah murid dalam pendidikan Islam dalam era digital.

Abstract: Student character formation in Islamic education has become increasingly challenging in the contemporary educational landscape, particularly as students’ socialization processes are increasingly shaped by peers and digital media from an early age. These challenges are more pronounced in rural primary schools facing socioeconomic constraints and limited value-based literacy support. This qualitative study explores how the school ecosystem influences student character formation from the perspective of Islamic Education teachers. Semi-structured interviews were conducted with two female Islamic Education teachers with 22 years of teaching experience in a rural primary school in Sabah. Data were analyzed using thematic analysis. The findings reveal two main themes: (i) the role of Islamic Education teachers as qudwah hasanah within an increasingly complex school ecosystem, and (ii) the influence of peers and digital media as new microsystems shaping student character. The study shows that while teachers remain key agents of tarbiah, the effectiveness of character formation increasingly depends on the coherence of the overall school ecosystem and the ability to respond to the growing influence of digital media. This study contributes to a more realistic and contextual understanding of student character formation in Islamic education in the digital era.

References

Ab. Halim Tamuri, & Mohamad Khairul Azman Ajuhary. 2010. Konsep muʿallim dalam pendidikan Islam dan hubungannya dengan pembentukan sahsiah pelajar. Jurnal Pendidikan Islam, 25(2): 1–15.

Arifuddin. 2021. Pendidikan Islam sebagai agen sosialisasi nilai dalam pembentukan masyarakat berakhlak. Jurnal Pendidikan Islam Kontemporari, 6(1): 45–60.

Bronfenbrenner, U. 1979. The ecology of human development: Experiments by nature and design. Cambridge, MA: Harvard University Press.

Durkheim, É. 1956. Education and sociology. New York: Free Press. (Original work published 1922).

Halipah Hamzah. 2006. Pendidikan Islam dan pembinaan sahsiah. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Hasbullah, M., Ahmad, Z., & Ismail, N. 2020. Pendidikan nilai dan pembentukan sahsiah pelajar dalam persekitaran sekolah berteraskan Islam. Jurnal Pendidikan Malaysia, 45(1): 33–45.

Mohamad Khairi Othman, & Asmawati Suhid. 2010. Peranan pendidikan Islam dalam pembentukan sahsiah pelajar Muslim. Jurnal Pendidikan Islam, 25(1): 55–69.

Mohd Fadli Kadir, Rahman, S. A., & Ismail, N. 2013. Pengaruh persekitaran sekolah terhadap pembentukan sahsiah pelajar. Jurnal Pendidikan Malaysia, 38(2): 15–28.

Shahidan, S., & Ying, L. K. 2017. Penghayatan nilai Islam dan hubungannya dengan pembentukan sahsiah pelajar. Jurnal Pendidikan Islam Antarabangsa, 2(1): 67–80.

Downloads

Published

2026-02-10