HUBUNGAN ANTARA TAHAP PENGETAHUAN GURU SEJARAH DENGAN PENERAPAN EMPATI SEJARAH SEKOLAH RENDAH [THE RELATIONSHIP BETWEEN HISTORY TEACHERS’ KNOWLEDGE AND THE APPLICATION OF HISTORICAL EMPATHY IN PRIMARY SCHOOLS]

Authors

  • Adilah Saridi Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Anuar Ahmad Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Empati sejarah, pengetahuan guru, pedagogi reflektif, pendidikan Sejarah, sekolah rendah, historical empathy, teacher knowledge, history pedagogy, reflective learning, primary education

Abstract

Abstrak: Kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan antara tahap pengetahuan guru Sejarah dengan penerapan empati sejarah dalam pengajaran di sekolah rendah. Empati sejarah merupakan kemahiran afektif dan kognitif yang membolehkan murid memahami peristiwa masa lalu melalui sudut pandang manusia yang hidup dalam konteks zamannya. Dalam pendidikan abad ke-21, keupayaan ini menjadi asas kepada pembelajaran bermakna yang membentuk pemikiran reflektif, nilai kemanusiaan serta kefahaman terhadap kepelbagaian perspektif sejarah. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif berbentuk tinjauan dengan melibatkan 41 orang guru sejarah sekolah rendah di daerah Kota Kinabalu, Sabah. Instrumen soal selidik lima skala Likert dibina untuk menilai dua konstruk utama iaitu tahap pengetahuan guru dan amalan penerapan empati sejarah dalam pengajaran. Dapatan menunjukkan tahap pengetahuan guru sejarah berada pada aras tinggi, manakala penerapan empati sejarah juga tinggi dan signifikan secara statistik dengan korelasi positif yang kukuh (r = 0.919, p < 0.001). Keputusan ini membuktikan bahawa penguasaan ilmu kandungan dan pedagogi guru menjadi faktor penting dalam membina pengalaman pembelajaran sejarah yang bersifat insani dan reflektif. Kajian ini menyarankan agar latihan profesional guru Sejarah memberi penekanan terhadap pendekatan pedagogi berasaskan empati bagi memperkukuh pembangunan pemikiran sejarah dan pembentukan karakter murid.

Abstract: This study examines the relationship between primary school history teachers’ level of historical knowledge and their use of historical empathy in classroom teaching. Historical empathy refers to both the emotional and cognitive ability to understand the past from the perspectives of people who lived during that time. In 21st-century education, this skill is essential for developing reflective thinking, moral values, and respect for diverse historical viewpoints.A quantitative survey was conducted with 41 history teachers in Kota Kinabalu, Sabah, using a five-point Likert-scale questionnaire measuring two constructs: teachers’ knowledge of history and their application of historical empathy in teaching. The results showed that both knowledge level and empathy-based teaching practices were high, with a strong positive correlation (r = 0.919, p < 0.001). This indicates that teachers with stronger historical knowledge are more likely to implement empathy-based approaches in the classroom.The study concludes that both content mastery and pedagogical skills are essential for promoting meaningful and human-centred historical learning. It is recommended that teacher training programs place greater emphasis on empathy-focused instructional strategies to support the development of students’ historical thinking and moral understanding.

References

Anuar Ahmad, Nelson Jinggan & Nor Asniza Ishak. 2009. Keberkesanan pengajaran guru Sejarah: Satu tinjauan awal. Jurnal Pendidikan Malaysia 34(2): 63–76.

Ashby, R. & Lee, P. 1987. Children’s concepts of empathy and understanding in history. Dalam C. Portal (Pnyt.), The History Curriculum for Teachers (hlm. 62–88). London: Falmer Press.

Barton, K. C. & Levstik, L. S. 2004. Teaching history for the common good. Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaum Associates.

Creswell, J. W. 2014. Research design: Qualitative, quantitative and mixed methods approaches (4th ed.). Thousand Oaks, CA: SAGE.

Elizabeth Sating & Anuar Ahmad. 2024. Penerapan empati sejarah dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) Sejarah bagi meningkatkan kemahiran pemikiran sejarah. International Journal of Advanced Research in Education and Society 6: 717–728.

Endacott, J. L. & Brooks, S. 2013. An updated theoretical and practical model for promoting historical empathy. Social Studies Research and Practice, 8(1), 41–58.

Mohd Majid Konting. 2000. Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nunnally, J. C. & Bernstein, I. H. 1994. Psychometric theory (3rd ed.). New York: McGraw-Hill.

Ooi, W. Y., Abdul Razaq, A. & Shakila, C. D. 2021. Keberkesanan didik hibur terhadap empati sejarah dalam kalangan murid Tahun Empat di Daerah Kota Setar, Kedah. Jurnal Dunia Pendidikan 3(2): 35–48.

Shakila Che Dahalan. 2020. Keberkesanan Modul KPSA-21 terhadap Pengetahuan dan Amalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi serta Empati Sejarah. Tesis Dr Fal. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Shulman, L. S. 1986. Those who understand: Knowledge growth in teaching. Educational Researcher, 15(2), 4–14.

Tumiran, M. A., Ahmad, A. & Salleh, N. 2025. Pengajaran berasaskan empati dalam konteks pendidikan sejarah di Malaysia. Jurnal Pendidikan Sejarah Malaysia, 7(1), 21–34.

VanSledright, B. 2011. The challenge of rethinking history education: On practices, theory and policy. New York: Routledge.

Yilmaz, K. 2007. Historical empathy and its implications for classroom practices in schools. The History Teacher 40(3): 331–337.

Downloads

Published

2025-01-21