HUBUNGAN ANTARA PENDEKATAN PEMBELAJARAN DIGITAL LITERASI AL-QURAN TERHADAP MOTIVASI MURID [THE RELATIONSHIP BETWEEN DIGITAL LEARNING APPROACHES IN AL-QUR’AN LITERACY AND STUDENTS’ MOTIVATION]

Authors

  • Noorzawati Mat Wazir Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Mohd Isa Hamzah Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

pembelajaran digital, literasi al-Quran, Iqra’, motivasi murid, guru Pendidikan Islam, sekolah rendah, program j-QAF , TMK, digital learning, Al-Qur’an literacy, Iqra’, pupil motivation, Islamic Education teachers, primary schools, j-QAF programme, ICT

Abstract

Abstrak: Tahap penguasaan bacaan al-Quran dalam kalangan murid Tahap 2 sekolah rendah masih menjadi cabaran utama dalam usaha memperkukuh literasi al-Quran, khususnya apabila pendekatan pengajaran sedia ada memerlukan keperluan, kebolehan dan gaya pembelajaran murid dalam persekitaran pembelajaran digital. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara pendekatan pembelajaran digital literasi al-Quran yang diamalkan oleh guru Pendidikan Islam dengan tahap motivasi murid. Kajian ini penting bagi menyediakan bukti empirikal yang bersifat kontekstual untuk menyokong penambahbaikan strategi pengajaran dan pembelajaran (PdP) Pendidikan Islam di sekolah rendah, khususnya dalam meningkatkan penglibatan dan motivasi murid terhadap pembelajaran bacaan Iqra’. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui reka bentuk tinjauan dengan instrumen soal selidik berstruktur bagi mengukur amalan pembelajaran digital guru dan tahap motivasi murid. Data kajian dikumpul daripada 276 orang guru Pendidikan Islam sekolah-sekolah rendah sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif serta inferensi menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 27. Dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan pembelajaran digital dalam pengajaran bacaan Iqra’ berada pada tahap sederhana tinggi, dengan kecenderungan penggunaan bahan digital berbentuk video, audio dan aplikasi mudah alih berbanding penggunaan platform digital bagi tujuan perekodan  dan pemantauan bacaan secara dalam talian. Dari aspek motivasi, murid dinilai mempunyai tahap motivasi yang tinggi, terutamanya apabila PdP melibatkan bahan visual dan aktiviti interaktif. Analisis hubungan menunjukkan bahawa pendekatan pembelajaran digital mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan motivasi murid terhadap pembelajaran bacaan Iqra’. Secara keseluruhannya, kajian ini mencadangkan keperluan untuk memperkukuh latihan integrasi pedagogi teknologi dalam kalangan guru, menyediakan sokongan pelaksanaan di peringkat sekolah, serta memanfaatkan pembelajaran digital secara berstruktur sebagai pelengkap kepada pengajaran bacaan al-Quran di sekolah rendah.

Abstract: The level of mastery in Qur’anic reading among Level 2 primary school pupils remains a major challenge in efforts to strengthen Al-Qur’an literacy, particularly when existing teaching approaches are less responsive to pupils’ needs, abilities, and learning styles within a digital learning environment. In this regard, this study aims to identify the relationship between digital learning approaches to Al-Qur’an literacy practiced by Islamic Education teachers and pupils’ motivation levels. This study is significant in providing contextual empirical evidence to support improvements in Islamic Education teaching and learning strategies at the primary school level, particularly in enhancing pupils’ engagement and motivation in learning Iqra’ reading. This study employed a quantitative approach using a survey design with a structured questionnaire as the research instrument to measure teachers’ digital learning practices and pupils’ motivation levels. Data were collected from 276 Islamic Education teachers from primary schools in the Federal Territory of Kuala Lumpur and were analysed using descriptive and inferential statistics with the Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) version 27. The findings indicate that digital learning practices in teaching Iqra’ reading are at a moderately high level, with a greater tendency towards the use of digital materials such as videos, audio, and mobile applications compared to the use of digital platforms for online recording and monitoring of reading. In terms of motivation, pupils were found to have a high level of motivation, particularly when teaching and learning activities involved visual materials and interactive activities. Correlation analysis reveals that digital learning approaches have a positive and significant relationship with pupils’ motivation towards learning Iqra’ reading. Overall, this study suggests the need to strengthen training in the integration of technological pedagogy among teachers, provide implementation support at the school level, and utilise digital learning in a structured manner as a complementary approach to Al-Qur’an reading instruction in primary schools.

References

Ahmad Fikrul Amin. 2023. Pengetahuan guru Pendidikan Islam dalam mengintegrasikan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. QALAM International Journal of Islamic and Humanities Research 3(4): 60–79.

Ajagbe, M. A. 2021. Effects of digital learning on students’ motivation and attitude in public secondary schools. International Journal of Educational Research Review 6(3): 312–320.

Dayang Julida Abang Tar & Muhd Izwan Mahmud. 2021. Minat, tingkah laku disruptif dan gaya pembelajaran murid bermasalah pembelajaran di sekolah rendah. Jurnal Dunia Pendidikan 3(4): 49–64.

Hizam, S. M., Ahmad, S. & Zainal, N. 2021. Kompetensi guru dalam pelaksanaan pembelajaran digital. Asian Journal of University Education 17(4): 45–56.

Ibn Khaldun. 2005. Muqaddimah Ibn Khaldun. Beirut: Dar al-Fikr.

(Asal diterbitkan abad ke-14)

Idawarna Hasin, Rashidah Othman, Noor Syahida Abdullah, Kartini Mohd Yusoff, Mohd Roslan Ab Rahman. 2022. Isu dan Cabaran Pembelajaran Digital dalam Transformasi Pendidikan Negara Pasca Covid-19. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI 15(2): 23-32.

Ishak, H., & Mamat, M. H. 2021. Student Learning Factors in J-QAF Khatam Al-Quran Model. Annals of the Romanian Society for Cell Biology 291-300.

Keller, J. M. 1987. Development and use of the ARCS model of instructional design. Journal of Instructional Development 10(3): 2–10.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2023. Dasar Pendidikan Digital. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Masnih Mustapa, Siti Saidatulakmal Arishin & Jahidih Saili. 2024. Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran: Tinjauan terhadap aspek etika dan kesannya dalam pembentukan nilai moral. Jurnal Pengajian Islam 17(1): 1–6.

Mishra, P. & Koehler, M. J. 2006. Technological pedagogical content knowledge: A framework for teacher knowledge. Teachers College Record 108(6): 1017–1054.

Mohd Noh, M. A. & Salmah, M. Y. 2020. Pembelajaran digital dan pembelajaran kendiri dalam pendidikan Islam. Jurnal Pendidikan Islam Kontemporari 5(1): 23–35.

Moktar, M. S. & Sharif, M. F. 2021. Kaedah talaqqi musyafahah dalam pengajaran al-Quran: Relevansi dan adaptasi digital. MANU: Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa 32(1): 153–174.

Muhammad Zulazizi Mohd Nawi . 2020. Transformasi Pengajaran dan Pembelajaran Multimedia dalam Pendidikan Islam: Satu Perbincangan. Journal of ICT in Education (JICTIE) 7(2) : 14-26

Nur Atiqah binti Abdul Aziz, Noornajihan Binti Jaafar. 2018. Penguasaan pembelajaran al-Quran berbantukan aplikasi multimedia interaktif Smart Iqra’. Journal of Quran Sunnah Education and Special Needs 2(2): 45–58.

Nurfarahzatul Ashikin Mohd Razali, Mohamad Rodi Isa & Noor Azian Mohd Salleh. 2022. Pembelajaran digital dan keadilan pendidikan untuk murid luar bandar. International Journal of Academic Research in Progressive Education and Development 11(1): 121–133.

Rahma Fatmona. 2024. Pengaruh multimedia interaktif terhadap motivasi pembelajaran al-Quran murid sekolah rendah. Jurnal Ilmiah Pendidikan Dasar 2(2) : 142-151.

Raja Nor Azuwah Raja Yusof & Nik Rosila Nik Yaacob. 2022. Tahap efikasi kendiri guru Pendidikan Islam terhadap aplikasi TMK. Asian People Journal 5(1): 179–189.

Suraya Ahmad, Norliza Ghazali & Siti Noor Hisham. 2022. Penggunaan bahan digital dan motivasi murid dalam pembelajaran al-Quran. Jurnal Pendidikan Islam 37(1): 41–55.

Yuniar, R., Sari, D. & Putra, A. 2021. Digital learning and students’ motivation: A correlational study. Journal of Educational Technology Systems 49(3): 345–360.

Downloads

Published

2026-01-21