ANALISIS KEPERLUAN LATIHAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU KURIKULUM BERSEPADU TAHFIZ [ANALYSIS OF PROFESSIONALISM DEVELOPMENT TRAINING NEEDS FOR TAHFIZ INTEGRATED CURRICULUM TEACHERS]

Authors

  • Ahmad Najmi Mat Piah Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Hafizhah Zulkifli Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Guru Tahfiz, Kurikulum Bersepadu Tahfiz, cabaran, keperluan latihan, pembangunan profesionalisme, Tahfiz teacher, Tahfiz Integrated Curriculum, challenges, training needs, professional development

Abstract

Abstrak: Guru Tahfiz  merupakan penggerak kepada Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) yang dilaksanakan bermula tahun 2014. Pelaksanaan kurikulum baharu ini menjadi cabaran kepada guru tahfiz yang masih kurang pengalaman. Profesionalisme guru tahfiz dapat dipertingkatkan melalui latihan-latihan pembangunan profesional yang bersesuaian. Analisis keperluan latihan hendaklah dijalankan terlebih dahulu bagi memastikan latihan yang dilaksanakan memenuhi kehendak dan keperluan semasa mereka. Kajian ini bertujuan untuk meneroka cabaran yang dihadapi oleh guru tahfiz dalam pelaksanaan kurikulum tahfiz dan mengenalpasti latihan pembangunan profesionalisme yang diperlukan oleh mereka. Kajian ini adalah kajian kualitatif dan menggunakan kaedah temubual. Seramai tiga orang guru tahfiz telah terpilih sebagai peserta kajian. Data dianalisis menggunakan teknik analisis tematik bagi mendapatkan tema dan jenis latihan yang diperlukan. Dapatan kajian menunjukkan beberapa cabaran yang dihadapi oleh guru tahfiz iaitu kurang kreativiti dalam pembinaan bahan bantu mengajar dan pengajaran, kesukaran aplikasi teknologi dan kemahiran dalam pengajaran dan kurang kefahaman dan kemahiran bertutur dalam Bahasa Arab. Sehubungan dengan itu, latihan yang diperlukan adalah Bengkel Pedagogi Kreatif, Bengkel Inovasi Bidang Tahfiz, Bengkel Pengajaran Abad Ke-21, Perkongsian Amalan Terbaik Melalui Lawatan Penanda Aras, Bengkel Pemantapan Bahasa Arab dan Coaching Mentoring. Hasil kajian ini amat berguna kepada pentadbir atau pihak berwajib yang mengendalikan latihan sebagai satu asas kepada perancangan latihan pembangunan profesionalisme guru tahfiz.

Abstract: Tahfiz teachers are the driving force behind the Integrated Tahfiz Curriculum (KBT) which was implemented starting in 2014. The implementation of this new curriculum being a challenge for tahfiz teachers who still lack of experience. The professionalism of tahfiz teachers can be improved through appropriate professional development exercises. Analysis of training needs should be carried out first to ensure that the training meets their current needs. This paper aims to explore the challenges faced by tahfiz teachers in the implementation of the tahfiz curriculum and identify the professionalism development training they need. This paper is a qualitative study and uses the interview method. A total of three tahfiz teachers were selected as study participants. Data were analyzed using thematic analysis techniques to obtain the themes and types of training required. The findings of the study show a number of challenges faced by tahfiz teachers which are lack of creativity in the construction of teaching aids and teaching materials, difficulties in the application of technology and skills in teaching and lack of understanding and speaking skills in Arabic. In relation to that, the required training is Creative Pedagogy Workshop, Tahfiz Innovation Workshop, 21st Century Teaching Workshop, Best Practice Sharing Through Benchmark Visit, Arabic Language Strengthening Workshop and Mentoring Coaching. The results of this study are very useful for administrators or authorities who handle training as a basis for planning tahfiz teacher professionalism development training.

References

Affezah Ali, Hamdan Mohd Salleh, Angela Chan Nguk Fong & Zukhuriatul H Mhd Yusof. 2017. Analisa Keperluan Latihan Guru-Guru Sekolah Rendah Agama Di Selangor. National Pre Seminar 23:116-129.

Ahmad Baha’ Mokhtar, Dewi Erika Samidi & Abd Rahman Abd Ghani. 2019. Perguruan Tahfiz Al-Qur’an : Masalah Dan Penyelesaian. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED) 4(19): 29-37.

Alias Musa. 2017. Pembangunan Profesionalisme Guru Berdasarkan Analisis Keperluan Latihan Bagi Guru Sekolah Kebangsaan Di Terengganu. Disertasi Doktor Falsafah. Universiti Malaya.

Awang Nurizal Awang Kenit, Kitikedizah Hambali & Jemaah Nazir Cawangan Miri. 2022. Kesediaan Guru Dalam Pelaksanaan Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA): Satu Kajian Kes Di Sarawak. ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization 5(1): 51-57.

Azarul Razamin Mat Said, Mustafa Che Omar, Najmiah Omar & Mohd Allnurulhuda Ghazali. 2023. Meningkatkan Pembangunan Profesional Dan Kompetensi Guru Kementerian Pendidikan Malaysia: Satu Analisis Kritis. Global Journal of Educational Research and Management 3(1):62-70.

Cecilia Kong Pick Chien & Mohamed Yusoff Mohd Nor. 2020. Tahap Kesediaan Dan Keperluan Latihan Guru Dan Hubungannya Dengan Kemampuan Melaksanakan Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21. Jurnal Dunia Pendidikan 4(2):142-152.

Cresswell, J.W. 2014. Research Design : Qualitative, Quantitative and Mix Methods Approaches. Los Angeles. SAGE Publications.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2014. Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan. Bahagian Pendidikan Guru.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2015. Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz. Bahagian Pendidikan Islam.

Mardhiah Yahaya, Zetty Nurzuliana Rasheed & Aslam Farah Selamat. 2018. Isu Dalam Pendidikan Tahfiz : Satu Analisis. Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Merriam, S.B. 2009. Qualitative Research A Guide to Design and Implementation (2nd Ed). San Fransisco: Jossey-Bass.

Mimi Nur Asyikin Shamsuri & Hafizhah Zulkifli. 2023. Coaching Dalam Pengajaran Tahfiz. Jurnal Pengajian Islam 16(1): 50-61.

Mohd Faeez Ilias, Zetty Nurzuliana Rashed, Ahmad Shafiq Mat Razali & Muhammad Syakir Sulaiman. 2018. Penilaian Terhadap Pelaksanaan Program Latihan Guru-Guru Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Selangor. Research Management Centre (RMC) KUIS.

Mohd Izham Mohd Hamzah & Mazlan Sirat. 2018. Tahap Pelaksanaan Latihan dalam Perkhidmatan dan Hubungannya dengan Pengalaman Mengajar serta Kekerapan Menghadiri Latihan Guru Sekolah Rendah Berprestasi Tinggi di Putrajaya. Jurnal Pendidikan Malaysia 43(1):17-23.

Mohd Syaiful Naim Shaedi, Mohd Faizulamri Mohd Saad & Sabri Mohamad. 2022. Tahap Kompetensi Guru Qiraat Di Negeri Sembilan Dalam Pengajaran. Tinta Artikulasi Membina Ummah 8(1): 47-61.

Muhd Zulhilmi Haron, Mohamad Khairi Haji Othman & Mohd Isha Awang. 2019. Keperluan Penilaian Pelaksanaan Kurikulum Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) Sekolah Menengah Kementerian Pendidikan Malaysia. Practitioner Research 1: 289-316.

Muhd Zulhilmi Haron, Mohd Muslim Md Zali, Siti Nor Aneeis Hashim, Ahmad Rusli Abdul Gani & Ismail Salleh. 2020. Tahap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Berteknologi dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan Murid Tahfiz Model Ulul Albab. Al-Hikmah 12(2): 3-18.

Siti Khadizah Kaimin, Ahmad Yussuf & Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff. 2021. Perguruan Tahfiz Al-Qur’an : Masalah Dan Cabaran Guru Tahfiz Dalam Pelaksanaan Pengajaran Tahfiz Model Ulul Albab Sekolah Menengah Di Kementerian Pelajaran Malaysia. 7th International Conference on Quran as Foundation of Civilization (SWAT 2021).

Siti Nurjanah Mastor Mustafa, Siti Aisyah Johan & Jimaain Safar. 2020. Tahap Pencapaian Murid Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) Sekolah Menengah. Al-Hikmah 12(2):35-52.

Sri Andayani Mahdi Yusuf, Mohd. Aderi Che Noh & Khadijah Abdul Razak. 2021. Amalan Guru Dalam Pengajaran Subjek Maharat Al-Quran Kurikulum Bersepadu Tahfiz. Journal of Quran Sunnah Education and Special Needs 5(2): 39-50.

Downloads

Published

2024-02-26