INTEGRASI NILAI-NILAI AL-QURAN DALAM KERANGKA PENGURUSAN BENCANA DI MALAYSIA: CABARAN, PROSPEK DAN IMPLIKASI DASAR [INTEGRATING QURANIC VALUES INTO DISASTER MANAGEMENT FRAMEWORKS IN MALAYSIA: CHALLENGES, PROSPECTS, AND POLICY IMPLICATIONS]
Abstract
Abstrak: Kejadian bencana alam yang semakin kerap dan intensif di Malaysia menuntut penilaian semula terhadap kerangka pengurusan bencana yang sedia ada, yang sebahagian besarnya bersifat teknokratik dan sekular. Walaupun Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 20 menyediakan struktur operasi yang kukuh, wujud lompang yang ketara dalam aspek pengisian spiritual dan psikospiritual yang relevan dengan populasi majoriti Muslim di negara ini. Artikel ini bertujuan untuk mencerencerak cabaran dan prospek pengintegrasian nilai-nilai Al-Quran ke dalam kerangka pengurusan bencana nasional. Menggunakan reka bentuk penyelidikan kualitatif menerusi kaedah analisis kandungan dokumen dan kepustakaan, kajian ini menyaring nas-nas Al-Quran yang berkaitan dengan fiqh al-karithah (kefahaman bencana) serta polisi semasa pengurusan bencana. Dapatan kajian mendedahkan bahawa cabaran utama pengintegrasian ini berakar umbi daripada dikotomi epistemologi antara sains moden dan teologi, serta risiko salah tafsir konsep takdir yang boleh membawa kepada sikap fatalisme pasif. Namun, prospek pengintegrasian dilihat sangat positif, terutamanya dalam aspek pembinaan daya tahan komuniti melalui konsep ibtila’ (ujian) dan ta’awun (kerjasama), serta potensi masjid sebagai hab pusat pemindahan yang holistik. Kajian ini merumuskan bahawa penyebatian nilai Al-Quran bukan sahaja melengkapkan lompang psikososial mangsa, malah memperkukuh kerangka pengurangan risiko bencana (DRR) yang lebih mampan dan membumi dalam konteks sosio-budaya Malaysia. Dapatan ini memberi implikasi penting kepada penggubal dasar untuk mengarusperdanakan elemen spiritual sebagai komponen kritikal dalam strategi kesiapsiagaan negara.
Abstract: Abstract: The increasingly frequent and intensive occurrence of natural disasters in Malaysia demands a reassessment of the existing disaster management framework, which is largely technocratic and secular in nature. While the National Security Council Directive (MKN) No. 20 provides a robust operational structure, a significant gap exists in addressing spiritual and psychospiritual aspects relevant to the country's predominantly Muslim population. This article aims to explore the challenges and prospects of integrating Quranic values into the national disaster management framework. Employing a qualitative research design through document analysis and literature review, this study examines Quranic texts related to fiqh al-karithah (understanding of disasters) alongside current disaster management policies. The findings reveal that the main challenges to this integration stem from the epistemological dichotomy between modern science and theology, as well as the risk of misinterpreting the concept of divine decree (qadr), which could lead to passive fatalism. Nevertheless, the prospects for integration appear highly promising, particularly in building community resilience through concepts such as ibtila' (trial) and ta'awun (cooperation), and the potential of mosques as holistic central relief hubs. The study concludes that integrating Quranic values not only addresses the psychosocial gaps for victims but also strengthens a more sustainable and contextually grounded disaster risk reduction (DRR) framework within Malaysia's socio-cultural context. These findings carry significant implications for policymakers to mainstream spiritual elements as a critical component in national preparedness strategies.










