DINAMIKA HUBUNGAN ANTARA KOMUNITI MELAYU, CINA DAN SIAM DI KELANTAN

THE DYNAMICS OF RELATIONS AMONG THE MALAY, CHINESE AND SIAMESE COMMUNITIES IN KELANTAN

Authors

  • ZURIATI MOHD RASHID Universiti Malaysia Kelantan
  • TUAN RUSMAWATI RAJA HASSAN Universiti Malaysia Kelantan

Abstract

Kelantan merupakan salah sebuah negeri yang sinonim dengan penerapan dasar pentadbiran berteraskan nilai-nilai Islam yang kukuh serta didominasi oleh masyarakat Melayu sebagai etnik majoriti. Walaubagaimanapun berdasarkan kajian terdahulu, masyarakat Cina dan Siam tidak mengalami diskriminasi, malah hidup dalam suasana yang harmoni bersama jiran-jiran Melayu mereka. Oleh itu, kajian hubungan antara masyarakat Melayu dengan komuniti minoriti seperti masyarakat Cina dan Siam yang telah berakar umbi dan hidup secara bersama dalam jangka masa yang panjang amat sesuai dijalankan. Hubungan antara etnik di Kelantan membentuk satu ekosistem sosial yang unik dan berbeza berbanding negeri-negeri lain di Malaysia, di mana toleransi, saling hormat-menghormati dan budaya hidup bersama menjadi asas kepada kewujudan harmoni antara kaum. Kajian ini dilaksanakan dengan memberi fokus kepada daerah Pasir Mas, iaitu kawasan yang menempatkan pelbagai kelompok etnik dan mencerminkan dinamika sosial Kelantan secara keseluruhan. Melalui temu bual bersama 20 orang pemimpin komuniti dan penduduk tempatan, kajian ini meneliti sejauh mana unsur kebebasan beragama, penggunaan bahasa Melayu loghat Kelantan, serta budaya gotong-royong menyumbang kepada pembentukan perpaduan yang autentik antara kaum. Ditemukan bahawa perpaduan di Kelantan tidak semata-mata bergantung kepada program rasmi kerajaan atau kempen perpaduan, sebaliknya terjalin melalui pengalaman hidup bersama, interaksi seharian dan amalan kemasyarakatan yang diwarisi turun-temurun. Dapat dikatakan bahawa Kelantan merupakan negeri yang mencerminkan model perpaduan berasaskan nilai kemasyarakatan tempatan, budaya setempat dan penghormatan yang mendalam terhadap kepelbagaian agama. Fenomena ini wajar dijadikan rujukan dalam membentuk dasar perpaduan nasional yang lebih inklusif dan realistik.

 

Downloads

Published

2025-05-05