PENGENALAN NASKHAH ḤUJJAH AL-MURĪDĪN FĪ BAYĀN ṬARĪQ AL-MUQARRABĪN KARYA TOK SHAFIE KEDAH (M.1950) [INTRODUCTION TO THE MANUSCRIPT ḤUJJAH AL-MURĪDĪN FĪ BAYĀN ṬARĪQ AL-MUQARRABĪN BY TOK SHAFIE KEDAH (M.1950)]
Keywords:
Tok Shafie Kedah, Ḥujjah al-Murīdīn fī Bayān Ṭarīq al-Muqarrabīn, tarekat AhmadiyahAbstract
Abstrak: Kota Mekah sebagai sebuah pusat pendidikan yang terkenal bukan sahaja sebagai tempat mengerjakan haji malah sebagai “melting pot” pusat intelektual pendidikan Islam secara formal mahupun tidak formal serta pusat kegiatan tasawuf-tarekat yang dikunjungi oleh pelbagai bangsa sebagai tempat untuk menimba ilmu pengetahuan. Tok Shafie Kedah sebagai tokoh sufi terkemuka memainkan peranan penting dalam pengembangan tarekat Ahmadiyyah di Mekah pada akhir abad ke-19 hingga permulaan abad ke-20 Masihi. Di samping sebagai guru dan Shaykh tarekat Ahmadiyyah, Tok Shafie Kedah turut menghasilkan beberapa buah karya penulisan. Oleh yang demikian, kajian ini akan membincangkan sebuah manuskrip nadir karya Tok Shafie Kedah berjudul Ḥujjah Al-Murīdīn Fī Bayān Ṭarīq Al-Muqarrabīn yang selesai ditulis pada tahun 1351H/1933M. Manuskrip ini berbentuk prosa yang ditulis sepenuhnya dalam bahasa Arab. Kajian ini bersifat kajian kualitatif dengan menggunakan metode analisis kandungan. Kajian ini juga menggunakan metode filologi dan kodikologi merangkumi kewujudan naskhah, repositori, aspek fizikal naskhah, saiz, kertas, tera air dan sebagainya. Hasil kajian menunjukkan Tok Shafie memainkan peranan penting dalam merespon wacana isu keagamaan khususnya dalam pengamalan tarekat Ahmadiyah sekaligus memaparkan hubungan jaringan ulama dan wacana intelektual keagamaan yang kuat antara para murid di kepulauan melayu nusantara dengan para ulama di Haramain pada abad ke-20.
Abstract: Mecca, as a renowned center of education, is not only known as a place for performing the pilgrimage, but also as a 'melting pot' for intellectual centers of Islamic education, both formal and informal, as well as a center for Sufism and tariqah activities, visited by various nations as a place to acquire knowledge. Tok Shafie Kedah, as a prominent Sufi figure, played a significant role in the development of the Ahmadiyyah tariqah in Mecca from the late 19th century to the early 20th century. In addition to being a teacher and Shaykh of the Ahmadiyyah tariqah, Tok Shafie Kedah also produced several written works. Therefore, this study will discuss a rare manuscript by Tok Shafie Kedah entitled Ḥujjah Al-Murīdīn Fī Bayān Ṭarīq Al-Muqarrabīn, which was completed in 1351H/1933M. This manuscript is in prose form, entirely written in Arabic. This study is qualitative in nature, using content analysis methods. The study also employs philological and codicological methods, covering the existence of the manuscript, repositories, physical aspects of the manuscript, size, paper, watermark, and so on. The results of the study show that Tok Shafie played an important role in responding to religious discourse, particularly in the practice of the Ahmadiyyah tariqah, while also showcasing the strong intellectual and religious network of scholars between the students in the Malay Archipelago and the scholars in the Haramain during the 20th century.