SYEIKH ABDUL QADIR BIN ABDUL RAHIM BUKIT BAYAS DAN PANDANGAN FIQAH BELIAU DALAM KITAB MIR’AT AL-MU’MININ WA TADHKIRAH LI AL GHAFILIN

[SHEIKH ABDUL QADIR BIN ABDUL RAHIM BUKIT BAYAS AND HIS JURISPRUDENTIAL VIEW IN THE BOOK MIR'AT AL-MU'MININ AND TADHKIRAH LI AL-GHAFILIN]

Authors

  • Azam Rassid Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Hasanulddin Mohd Universiti Sultan Zainal Abidin

Abstract

Abstrak: Proses  Islamisasi  di  Alam  Melayu  banyak  dibantu  oleh  pelbagai  faktor  yang  dominan. Antaranya ialah melalui penulisan yang meluas, mencakupi karya-karya agama seperti kitab-kitab fiqah, tasawuf, dan tafsir yang banyak membantu dalam menyebarkan ajaran Islam. Penulisan sastera kitab ini memainkan  peranan  penting  dalam  membentuk  budaya  dan  identiti  Islam  dalam  masyarakat  Melayu melalui warisan manuskrip yang masih kekal hingga sekarang. Antaranya ialah Mir’at al-Mu’minin Wa Tadhkirah li al-Ghafilinkarya Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Rahim Bukit Bayas, seorang ulama yang berasal  dari  Patani,  namun  telah  berhijrah  dan  menetap  di  Terengganu  sehingga  akhir  hayat  beliau. Karya tersebut merupakan salah satu rujukan penting dalam bidang fiqah dan tasawuf, tetapi ia kurang dikenali dan hanya satu manuskrip yang ditemui setakat ini, menjadikan ia layak dikategorikan sebagai naskhah nadir. Kajian ini cuba memperkenalkan ketokohan Syeikh Abdul Qadir dan profil karya beliau ini serta memaparkan beberapa cetusan pandangan fiqah beliau yang boleh diambil daripada karya tersebut. Data kajian dikumpul daripada kajian kepustakaan dan metode dokumentasi. Ia dianalisis menggunakan metode  analisis  kandungan.  Kajian  mendapati  Syeikh  Abdul  Qadir  merupakan  salah  seorang  ulama Melayu  yang  berperanan  dalam  menyampaikan  ilmu  agama  khususnya  fiqah  dan  tasawuf.  Beberapa pandangan  fiqah beliau  dalam  karya  ini  sangat  menarik  dan  relevan  untuk  dikaji  dan  dimanfaatkan  serta dijadikan panduan oleh generasi kontemporari.

Abstract: The process of Islamization in the Malay Archipelago was greatly assisted by various dominant factors. Among them was the widespread writing, which included religious works such as books on fiqh, tasawuf, and tafsir, all of which played a significant role in spreading Islamic teachings. The literary writing of these religious texts played an important role in shaping the culture and Islamic identity within the Malay community through the manuscript heritage that has endured to this day. Among these works is *Mir’at al-Mu’minin wa Tadhkirah li al-Ghafilin*, a work by Sheikh Abdul Qadir bin Abdul Rahim Bukit Bayas, a scholar from Pattani who migrated and settled in Terengganu until his death. This work is one of the important references in the fields of fiqh and tasawuf, but it is less known and has only one manuscript found so far, making it eligible to be categorized as a rare manuscript. This

Downloads

Published

2024-03-30