PELABURAN UNIT AMANAH KONVENSIONAL DAN ISLAM MENGIKUT WILAYAH DI MALAYSIA [CONVENTIONAL AND ISLAMIC UNIT TRUST INVESTMENTS BY REGION IN MALAYSIA]

Authors

  • Mohamad Saufee Anuar Universiti Teknologi Malaysia
  • Siti Rahmah Awang Universiti Teknologi Malaysia
  • Azmirul Ashaari Universiti Teknologi Malaysia

Abstract

Abstrak: Pelaburan unit amanah merupakan satu kaedah yang amat signifikan dalam membantu sosioekonomi masyarakat di Malaysia. Pelaburan juga merupakan salah kajian yang popular di dalam Malaysia dan luar negara. Tujuan kajian ini dilakukan adalah bagi memahami perbezaan antara pelaburan unit amanah Islam dan unit amanah konvensional. Unit amanah Islam mempunyai ciri tarikan pelabur menjurus kepada syariah dalam urusan pelaburan. Objektif kertas kerja ini ingin mengenal pasti jurang perbezaan antara jumlah pembelian saham dan bilangan pelabur yang melabur mengikut wilayah. Selain itu, kajian ini juga ingin mengenal pasti wilayah yang mempunyai jumlah pelabur unit Amanah yang paling sedikit. Kajian menunjukkan wilayah selatan merupakan kawasan yang mempunyai pendapatan isi rumah yang tinggi tetapi mempunyai bilangan pelaburan yang rendah berbanding wilayah dan negeri yang lain. Selain itu, kajian ini akan menjadi sumber rujukan bagi penyelidik dan syarikat industri unit amanah dalam menambah baikan industri pelaburan. 

Abstract: Unit trust investment is a highly significant method in aiding the socio-economic development of society in Malaysia. Investment is also a popular area of study both within Malaysia and internationally. The purpose of this study is to understand the differences between Islamic unit trust investments and conventional unit trust investments. Islamic unit trusts have characteristics that appeal to investors seeking Shariah-compliant investment options. The objective of this paper is to identify the gap between the amount of shares purchased and the number of investors investing by region. Additionally, this study aims to identify the region with the smallest number of unit trust investors. The study shows that the southern region, despite having a high household income, has a lower number of investments compared to other regions and states. Furthermore, this study will serve as a reference for researchers and unit trust industry companies to improve the investment industry.

Downloads

Published

2021-12-30