PERANAN LULUSAN AL-AZHAR TERHADAP PERKEMBANGAN INTELEKTUAL MELAYU PADA AKHIR ABAD KE 19 MASIHI [THE ROLE OF AL-AZHAR GRADUATE IN MALAY INTELLECTUAL DEVELOPMENT AT THE END OF THE 19TH CENTURY]

Authors

  • Norul Atikah Abdullah Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Izziah Suryani Mat Resad@Arshad Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Al-Azhar, Perkembangan Intelektualisme, Pendidikan dan Melayu. Al-Azhar, intellectual development, education and Malay

Abstract

Abstrak: Kajian terdahulu mendapati lulusan al-Azhar memainkan peranan yang penting dalam perkembangan idea pemikiran di Tanah Melayu. Justeru itu satu kajian dari aspek pendidikan perlu dijalankan. Objektif kajian ini adalah untuk memperlihatkan peranan al-Azhar terhadap perkembangan intelektual Melayu pada akhir abad ke 19 Masihi di Tanah Melayu melalui penglibatan beberapa tokoh Melayu berkelulusan al-Azhar yang terlibat. Metode kajian adalah menggunakan kaedah kualitatif, menerusi kajian sejarah dan analisis kandungan dengan mengumpulkan sejarah perkembangan intelektual di Mesir dan di Tanah Melayu pada akhir abad ke 19 Masihi. Kajian ini mendapati ramai tokoh Melayu berkelulusan al-Azhar memainkan peranan yang penting dalam perkembangan intelektual Melayu di Tanah Melayu dan pengaruh al-Azhar menjana kepada perubahan pendidikan yang lebih bersistematik di Tanah Melayu akhir abad ke 19 Masihi.

Abstract: Previous studies have found that al-Azhar graduates play an important role in the development of thought in Malaya. Therefore, a study from aspect of education needs to be conducted. The objective of this study is to elucidate the role of al-Azhar in Malay intellectual development in Malaya at the end of the 19th century in Malaya through the involvement of some noted Malay figures of al-Azhar graduation. Generally, this article draws on qualitative method, through historical study and content analysis by collecting the history of the intellectual development in Egypt and Malaya at the end of the 19th century. It is found in this study that many Malay figures of al-Azhar graduation played an important role in Malay intellectual development in Malaya and that the influence of al-Azhar in triggering educational transformation was more systematic in Malaya at the end of the 19th century.

Downloads

Published

2021-12-30