MATI PUCUK DARI PERSPEKTIF SYARAK DAN PERUBATAN [ERECTILE DYSFUNCTION IN THE VIEW OF ISLAMIC PERSPECTIVE AND MEDICINE]

Authors

  • Hamidah Harun Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Siti Khatijah Ismail Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Wan Mohd Yusof Wan Chik Universiti Sultan Zainal Abidin

Abstract

Abstrak: Mati pucuk merujuk kepada ketidakupayaan dalam memperolehi dan mengekalkan ketegangan atau ereksi zakar yang lama bagi mencapai kepuasan hubungan seksual. Kajian epidemologi di Malaysia pada tahun 1997 memberi respon bahawa 1.7 juta lelaki yang berumur 40 tahun ke atas mengalami masalah mati pucuk. Perbincangan mengenai mati pucuk ini dibincangkan oleh fuqaha silam sebagai satu panduan asas dalam menyelesaikan masalah yang timbul terutama dalam isu perkahwinan dan fasakh. Bagi mencapai maqasid utama sebuah pernikahan, aspek hubungan seksual selain dapat melunaskan kehendak fitrah manusia, ia juga merupakan asas untuk mencapai maqasid perkahwinan iaitu melahirkan zuriat keturunan. Segelintir golongan lelaki tidak mahu mendapatkan rawatan kerana menganggap isu ini adalah sensitif dan lebih rela berdiam diri. Akibatnya, memusnahkan kelestarian, keharmonian dan kelangsungan rumah tangga. Kajian ini bertujuan menganalisis mati pucuk dari perspektif syarak dan perubatan serta faktor dan rawatannya berpandukan sorotan literatur atau kajian lepas. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan metodologi analisis dokumen. Kitab-kitab fiqh silam dan jurnal-jurnal perubatan akan menjadi rujukan utama kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa lelaki yang mengalami masalah mati pucuk perlu berjumpa pakar untuk mendapatkan nasihat serta rawatan yang sesuai. Ini kerana, mati pucuk dapat dipulihkan dengan pelbagai kaedah dan susunan rawatan sekiranya mereka mendapatkan nasihat dan rawatan dari pakar perubatan sekaligus dapat menyelamatkan rumah tangga mereka. Perkaitan antara syarak dan perubatan juga dilihat saling memerlukan terutama dalam aspek penentuan hukum.

Abstract: Erectile dysfunction refers to the inability to get or keep an erection firm enough for satisfactory sexual intercourse. An epidemiological study in Malaysia in 1997 found that 1.7 million men aged 40 and above had erectile dysfunction. The discussion on erectile dysfunction was elaborated by the fuqaha in the past as a fundamental guide in resolving problems that arise especially in the issue of marriage and fasakh. The aspect of sexual relations, apart from being able to satisfy the natural desires of humans, is also the basis for achieving the main purpose of marriage, which is to produce offspring. Some men do not want to seek treatment because they consider the issue to be sensitive and prefer to remain silent. As a result, it destroys the sustainability, harmony, and viability of the household. This study aims to analyze erectile dysfunction from the perspective of Islamic law and medicine as well as its factors and treatment based on the literature or previous studies. This qualitative study uses the document analysis method by referring to the fiqh books and medical journals as the main references. The results show that men who suffer from erectile dysfunction need to see a specialist for advice and appropriate treatment. Erectile dysfunction can be cured with various methods and treatment arrangements if they seek advice and treatment from a physician which would also help to maintain their household. The relationship between Islamic law and medicine is also seen as mutually beneficial, especially in the aspect of determining the law.

Downloads

Published

2021-09-30