HUBUNGAN TALAQQI MUSYAFAHAH DENGAN BACAAN AL-QURAN DAN QIRAAT PELAJAR INSTITUSI TAHFIZ DI NEGERI PERAK [CORRELATION BETWEEN TALAQQI MUSYAFAHAH AND THE READING OF THE QUR'AN AND QIRAAT OF THE TAHFIZ INSTITUTION IN THE PERAK STATE]

Authors

  • Mohd Zaini Shafiai Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Mohamad Marzuqi Abdul Rahim Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Abstrak: Objektif kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pelaksanaan talaqqi musyafahah dalam pembelajaran al-Quran dan Qiraat serta tahap penguasaan bacaan pelajar di institusi tahfiz al-Quran Negeri Perak. Maklumat kajian diperolehi melalui kaedah kuantitatif, melibatkan 260 orang pelajar yang dipilih secara rawak berstrata. Instrumen kajian yang digunakan untuk mengumpul data terdiri daripada satu set soal selidik, ujian Tahriri dan Syafawi yang telah disahkan kandungannya oleh pakar perujuk. Data kajian soal selidik yang dikumpul, dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS selain itu bagi ujian Qiraat tahriri dan syafawi penyelidik menggunakan trangulasi antara pemeriksa (inter-rater reliability). Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan talaqqi musyafahah berada pada tahap sederhana tinggi (min 3.58 sp=0.81). Dapatan kajian inferensi hasil analisis korelasi pearson talaqqi musyafahah mempunyai hubungan yang tinggi (min=4.28, sp.=0.52). Ini membuktikan talaqqi musyafahah penting dalam pembelajaran al-Quran dan Qiraat. Implikasi daripada kajian menunjukkan talaqqi musyafahah dapat meningkatkan penguasaan bacaan al Quran dan Qiraat pelajar.

Abstract: The objective of this study aims to identify the relationship of Talaqqi Musyafahah in the learning of al-Quran and Qiraat on the recitation by tahfiz institutions students in Perak. Information was obtained through quantitative methods, involved 260 randomly selected students. A set of questionnaires, tahriri and syafawi test have been to collect the data, approved by referral experts. Questionnaire survey data were collected, processed using SPSS software and for the test of Qiraat tahriri and syafawi researchers used triangulation method for examiner (inter-rater reliability). The findings of the study showed that the implementation of talaqqi musyafahah was at a moderately high level (mean 3.58 sp = 0.81). The findings of the inferential study of the results of the correlation analysis of pearson talaqqi musyafah have a high relationship (mean = 4.28, sp. = 0.52). This proves that talaqqi musyafah is important in the study of the Qur'an and Qiraat. Implications from the study show that talaqqi musyafahah can improve students' mastery of Quran and Qiraat recitation.

Downloads

Published

2021-06-30