UNSUR-UNSUR POLITIK DALAM TUHFAT AL-NAFIS [POLITICAL ELEMENTS IN TUHFAT AL-NAFIS]

Authors

  • Annuar Ramadhon Kasa Universiti Malaya
  • Raja Hisyamudin Raja Sulong Universiti Malaya

Abstract

Abstrak: Raja Ali Haji merupakan seorang tokoh polymath yang terkenal di Alam Melayu pada abad ke-19M. Tuhfat al-Nafis merupakan salah satu karya Raja Ali Haji yang berkisarkan sejarah raja-raja Melayu dan Bugis. Tidak dapat dinafikan bahawa Tuhfat al-Nafis mempunyai pelbagai keistimewaan dan salah satunya ialah konsepsi sejarah Tuhfat al-Nafis yang luas dan padat. Keistimewaan ini telah mewujudkan pelbagai elemen-elemen lain termasuklah politik. Justeru, perbincangan ini akan menyoroti unsur-unsur politik yang terdapat di dalam Tuhfat al-Nafis. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan metode dokumentasi bagi mengumpul data dan analisis kandungan bagi kaedah menganalisis data. Tuhfat al-Nafis hasil transliterasi oleh Virginia Matheson Hooker, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka dan Yayasan Karyawan pada tahun 1998 telah digunakan untuk kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan terdapat sekurang-kurangnya 7 unsur-unsur politik di dalam Tuhfat al-Nafis seperti perang saudara, hubungan diplomatik, musyawarah dan sumpah setia.

Abstract: Raja Ali Haji was a prominent polymath figure in Malay Archipelago on 19AD. Tuhfat al-Nafis was one of Raja Ali Haji’s work which contain the history of Malay and Bugis kings. One of Tuhfat al-Nafis privilege is the extensive historical conception which had provided various elements including politics. Thus, this article endeavours to review political elements found in Tuhfat al-Nafis. This study is a qualitative study that applies the technique of documentation in collecting data and content analysis for analyzing data. The main book of Tuhfat al-Nafis used in this study was Karya Agung: Tuhfat al-Nafis which had been transliterated by Virginia Matheson Hooker and published on 1998 by Dewan Bahasa dan Pustaka and Yayasan Karyawan. The finding indicates that there were at least 7 significant political elements found in Tuhfat al-Nafis such as civil war, diplomatic relation, musyawarah and oath of allegiance.

Downloads

Published

2021-06-30