ANALISIS PERBANDINGAN KAEDAH PENENTUAN KEMISKINAN DARI PERSPEKTIF KONVENSIONAL DAN ISLAM [COMPARATIVE ANALYSIS OF POVERTY DETERMINATION METHODS FROM A CONVENTIONAL AND ISLAMIC PERSPECTIVE]

Authors

  • Nurfitriyah Salihah Shaharin Universiti Teknologi MARA
  • Azri Bhari Universiti Teknologi MARA
  • Nurul ‘Ain Mohd Universiti Teknologi MARA
  • Mohammad Mahyuddin Khalid Universiti Teknologi MARA
  • Mohd Ashrof Zaki Yaakob Universiti Teknologi MARA

Keywords:

Kemiskinan, Unidimensi, Multidimensi, Had Kifayah Poverty, Unidimensional, Multidimensional, Limit Kifayah

Abstract

Abstrak: Keadaan kemiskinan sebenar di Malaysia digambarkan tidak realistik apabila pendapatan garis kemiskinan (PGK) yang digunakan hanya mengukur kemiskinan melalui dimensi pendapatan sahaja sedangkan banyak dimensi lain perlu diambil kira untuk menggambarkan kemiskinan sebenar di negara ini meskipun kadar asal PGK telah meningkat daripada RM 980 (2005) kepada RM 2,208 (2019). Walaubagaimanapun, kadar PGK masih penting untuk menentukan golongan yang layak menerima bantuan. Justeru, artikel ini bertujuan untuk membincangkan kaedah penentuan kemiskinan daripada perspektif konvensional dan Islam. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan kaedah pengumpulan data secara dokumentasi dan kajian perpustakaan. Dalam menganalisis, kajian ini menggunakan kaedah pendekatan deskriptif. Data yang telah dikumpul kemudiannya dianalisis dan diperjelaskan. Hasil kajian ini mendapati penilaian kemiskinan menurut kedua-dua perspektif adalah sama yang mana aspek pendapatan dijadikan kriteria utama dalam penentuan kemiskinan dan pada masa yang sama indeks kemiskinan multidimensi digunakan bagi melihat dimensi kemiskinan lain dengan lebih holistik.

Abstract: The real poverty situation in Malaysia is described as unrealistic when the poverty line income (PGK) used only measures poverty through the income dimension only while many other dimensions need to be taken into account to describe the real poverty in the country even though the original PGK has increased from RM 980 (2005) to RM 2,208 (2019). However, the PGK rate is still important to determine who is eligible for assistance. Thus, this article aims to discuss the methods of determining poverty from conventional and Islamic perspectives. This study uses a qualitative approach that involves data collection methods by documentation and library research. In analyzing, this study uses a descriptive approach method. The data that has been collected is then analyzed and clarified. The results of this study found that the assessment of poverty according to both perspectives is the same where the income aspect is the main criterion in determining poverty and at the same time the multidimensional poverty index is used to look at other dimensions of poverty more holistically.

Downloads

Published

2021-09-30