PERANAN SASTERAWAN DALAM SURAH AL-SHU’ARA’ MENURUT DR. TALIB SAMAT [THE ROLE OF LITERATURE WRITER IN SURAH AL-SHU’ARA’ ACCORDING TO DR. TALIB SAMAT]
Keywords:
sasterawan, sastera, Talib Samat, Surah al-Shu‘arā’.Abstract
Abstrak: Islam tidak pernah memisahkan apa sahaja elemen dalam kehidupan manusiawi daripada panduan al-Qur’ān dan al-Sunnah sama ada secara nyata (qat‘ī) atau secara tidak langsung termasuk dalam bab kesenian. Antara pecahan daripada kesenian adalah seni kesusasteraan yang menyangkut kepada kesenian melalui penulisan kreatif sama ada berbentuk syair, puisi, cerpen, novel, drama pentas dan esei. Individu yang menghasilkan karya kesusasteraan selain dikenali sebagai penulis dan pengarang, mereka juga lebih dikenali sebagai sasterawan. Berpandukan Sūrah al-Shu‘arā’, ayat 221-227 tulisan ini menghuraikan kedudukan para sasterawan di sisi agama Islam dan apa yang boleh dan tidak boleh dalam mereka menghasilkan karya seni mereka itu. Daripada ciri-ciri yang dinyatakan oleh Allah dalam ayat tersebut, perbandingan dibuat bagi menganalisis pandangan Dr. Talib Samat mengenai kesusasteraan berdasarkan penulisan-penulisan beliau yang terpilih.