KEDAULATAN WATAN TERAS JATI DIRI BANGSA DARI PERSPEKTIF PERLEMBAGAAN TERENGGANU [INDIGENOUS SOVEREIGNTY AS THE NATIONAL CORE-IDENTITY FROM THE TERENGGANU CONSTITUTION PERSPECTIVE]
Keywords:
kedaulatan watan; jurisprudens watan; undang-undang watan; pengamanahan kedaulatan; Itqanul Muluk; Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan TerengganuAbstract
Jati diri bangsa itu dibina oleh unsur-unsur watan yang berakar umbi dalam sesebuah negara. Malaysia adalah sebuah persekutuan terdiri daripada negeri-negeri berdaulat yang wujud jauh lebih awal daripada penubuhannya pada tahun 1963. Sejajar dengan itu, bangsa Malaysia sudah pasti perlu mencerminkan identiti anggota-anggotanya. Kerangka yang paling legitimat untuk menentukan jati diri sebuah bangsa itu adalah perlembagaannya. Justeru, makalah ini bertujuan untuk meninjau pemakaian konsep kedaulatan yang diwarisi daripada Kesultanan Melayu Melaka dalam Perlembagaan Terengganu. Pemakaian konsep tersebut ditelusuri melalui empat aspek, iaitu, pertama, raja adalah pemerintah kerajaan merdeka; kedua, pemerintahnya mengekalkan agama Islam sebagai anutan; ketiga, pemerintah naik takhta atas syura dan bai’ah; keempat, pemakaian prinsip kedaulatan watan. Makalah ini menggunakan pendekatan analisis teks perlembagaan Terengganu iaitu Itqanul Muluk dan UndangUndang Bagi Diri Kerajaan Terengganu. Dapatan menunjukkan bahawa kedaulatan watan Tanah Melayu diterima pakai dalam perlembagaan Terengganu dengan sempurna. Oleh demikian, elemenelemen utama watan iaitu Islam dan kedudukan Raja-Raja Melayu perlu dipelihara dan diberi keutamaan dalam pembinaan jati diri bangsa.