KEBERKESANAN MODUL THIRUKKURAL (MoKThI) BERASASKAN INKUIRI PENEMUAN TERBIMBING UNTUK MENINGKATKAN KBAT MURID TAHUN LIMA, SJKT [EFFECTIVENESS OF A THIRUKKURAL MODULE (MoKThI) BASED ON GUIDED INQUIRY TO ENHANCE YEAR FIVE STUDENT’S HOTs]

Authors

  • R Kavitha Ramasamy Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Faridah Hanim Yahya Universiti Pendidikan Sultan Idris

Keywords:

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Modul MoKThI, KBAT Tamil National Type Schools, MoKThI Module, HOTS

Abstract

Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk membina dan menilai modul Thirukkural berasaskan inkuiri penemuan terbimbing (MoKThI) untuk meningkatkan KBAT murid Tahun Lima SJKT. MoKThI dibina berasaskan kepada Model ASSURE dan digabungjalinkan dengan ‘scaffolding’ dan pembelajaran 5E. Seramai 50 orang murid dari sebuah SJKT Daerah Hilir Perak, Perak telah dipilih sebagai sampel kajian. 25 orang murid dari kumpulan kawalan mengikuti pembelajaran konvensional dan 25 orang murid dari kumpulan eksperimen menjalani pembelajaran dengan menggunakan Modul MoKThI. Intervensi  dijalankan selama enam minggu. Kaedah penyelidikan yang digunakan ialah kaedah gabungan iaitu kaedah kuantitatif dan kualitatif. Kajian ini menggunakan ujian pra dan pasca, soal selidik dan temu bual sebagai instrumen pengukuran. Kajian rintis  1 dilaksanakan untuk menguji ketekalan item dalam soal selidik pada fasa analisis dan kajian rintis 2 dilaksanakan untuk menguji ketekalan modul MoKThI. Data dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Science Social (SPSS) versi 26.0 untuk meneliti min, sisihan piawai dan interpretasi kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai purata min kumpulan eksperimen bagi kemahiran mengaplikasi (min = 96.9, SP = 3.55), kemahiran menganalisis (min = 80.8, SP = 15.4 ), kemahiran menilai (min = 86.0, SP = 10.4) dan kemahiran mereka cipta (min = 66.8, SP = 6.70). Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan (p < 0.05) antara kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen bagi keempat-empat kemahiran KBAT. Ujian-t tak bersandar bagi min markah ujian pasca kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan (p < 0.05). Analisis ANCOVA turut menunjukkan perbezaan yang signifikan [F(12.58) = 326.05, p < .05]. Hasil dapatan kajian mendapati Modul MoKThI berjaya meningkatkan KBAT murid Tahun Lima. Kajian ini berpotensi menjadi pedagogi baharu untuk guru merancang pengajaran dan pembelajaran (PdP) pada masa akan datang agar dapat menerapkan aspek KBAT dalam sastera dan menjadikan PdP sastera sesuatu yang menyeronokkan.

Abstract: This study aimed to develop and evaluate a Thirukkural‑based guided‑discovery inquiry module, MoKThI, grounded in the ASSURE instructional model and integrated with scaffolding strategies and the 5E learning cycle, to enhance Higher‑Order Thinking Skills (HOTS) among Year 5 pupils at a Tamil‑medium national primary school (SJKT) in Hilir Perak District, Perak. Employing a quasi‑experimental mixed‑methods design, 50 purposively selected pupils were randomly assigned to a control group (n = 25), which received conventional teaching, and an experimental group (n = 25), which underwent MoKThI intervention over six weeks. Data were gathered through pre‑ and post‑tests, a questionnaire validated via two pilot studies. Pilot study 1 was held to  ensure the internal consistency of items and pilot study 2 to ensure the module reliability and semi‑structured interviews. Quantitative data were analysed using Statistical Package for Science Social (SPSS) version 26.0, yielding means, standard deviations, independent‑samples t‑tests and analysis of covariance (ANCOVA). The experimental group outperformed the control group across all four HOTS domains, attaining high mean scores in Applying (M=96.9, SD=3.55), Analysing (M=80.8, SD=15.4), Evaluating (M=86.0, SD=10.4) and Creating (M=66.8, SD=6.70); all observed differences were statistically significant (p < .05), and ANCOVA ([F(12.58) = 326.05, p < .05], confirmed the robustness of the effect. Qualitative insights from pupils and the teacher highlighted increased student engagement, deepened curiosity about Thirukkural, and more positive attitudes toward literature learning. In conclusion, MoKThI successfully enhanced HOTS among Year 5 SJKT pupils. The module offers a validated pedagogical framework for integrating HOTS into Thirukkural literature instruction, with important implications for future curriculum planning. It suggests that guided‑inquiry, scaffolded approaches can make literary learning both intellectually enriching and enjoyable in primary classrooms.

Downloads

Published

2025-09-20