Penyeliaan Pengajaran dalam Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET): Isu dan Cabaran [Supervision of Teaching in Technical and Vocational Education and Training (TVET): Issues and Challenges]

Authors

  • Siti Nurshazwanny Majlan Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Mohd Azlan Mohammad Hussain Universiti Pendidikan Sultan Idris

Keywords:

Technical and Vocational Education and Training (TVET), systematic literature review (SLR) supervision, challenges and issues

Abstract

Abstrak: Kajian ini meneroka isu dan cabaran dalam proses penyeliaan bagi program pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) di Malaysia. Kajian ini adalah berdasarkan tinjauan literatur yang komprehensif untuk mengumpul dan mensintesis dapatan kajian daripada pelbagai sumber berkaitan penyeliaan guru pendidikan teknikal dan vokasional (TVET). Kajian literatur yang sistematik (SLR) telah dijalankan untuk mengenal pasti artikel ilmiah, kertas penyelidikan, laporan, dan penerbitan bereputasi berkaitan penyeliaan guru TVET. Kajian Systematic Literatur Review (SLR) ini dijalankan dengan menggunakan koleksi artikel dalam lingkungan tahun 2019-2024 daripada dua pangkalan data iaitu Google Scholar dan Researchgate. Artikel yang telah dikumpulkan kemudian diteliti bagi memastikan artikel yang dipilih menepati fokus kajian. Sebanyak enam artikel telah dipilih untuk dibincangkan dalam kajian ini dan data diekstrak berpandukan empat tema berkaitan cabaran dalam penyeliaan. Hasil daripada dapatan kajian menunjukkan interaksi antara penyelia dan guru adalah keperluan utama yang dikenal pasti dalam pelaksanaan penyeliaan pendidikan, memandangkan pengaruh besar mentor berpengalaman dalam bidang Pendidikan bidang Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Komunikasi berkesan antara mentor-guru memastikan wujudnya sistem sokongan, latihan dan bimbingan yang diperlukan untuk kedua-dua pihak yang terlibat.

Abstract: This study explores the issues and challenges in the supervision process for Technical and Vocational Education and Training (TVET) programs in Malaysia. It is based on a comprehensive literature review aimed at collecting and synthesizing research findings from various sources related to the supervision of technical and vocational education (TVET) teachers. A Systematic Literature Review (SLR) was conducted to identify scholarly articles, research papers, reports, and reputable publications concerning TVET teacher supervision. The systematic literature review (SLR) was conducted using a collection of articles from 2019 to 2024, sourced from two databases: Google Scholar and ResearchGate. The gathered articles were carefully examined to ensure they aligned with the study’s focus. A total of six articles were selected for discussion, and data were extracted based on four themes related to challenges in supervision. The findings reveal that effective communication between supervisors and teachers is a primary need identified in the implementation of educational supervision, given the significant influence of experienced mentors in the field of Technical and Vocational Education. Effective communication between mentors and teachers ensures the existence of support systems, training, and guidance that both parties need.

Downloads

Published

2025-06-22