Peranan Guru dalam Memupuk Minat Murid Terhadap Subjek Pertanian di Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes [The Role of Teachers in Cultivating Students' Interest in Agricultural Subjects in Secondary Schools: A Case Study]
Keywords:
Peranan Guru Berkesan, Memupuk Minat Murid, Kemahiran Abad Ke-21, Subjek PertanianAbstract
Abstrak: Pengajaran guru boleh mempengaruhi minat murid dalam sesuatu mata pelajaran. Oleh itu, guru memainkan peranan penting untuk menerapkan minat murid terhadap sesuatu subjek. Namun begitu, sejak beberapa tahun kebelakangan ini jumlah murid mengambil subjek Pertanian semakin berkurang. Hal ini kerana, murid mula kurang berminat dengan subjek Pertanian. Kajian ini dijalankan adalah untuk i) Menerokai faktor yang mempengaruhi minat murid terhadap subjek Pertanian di sekolah menengah. ii) Menerokai peranan guru yang berkesan dalam memupuk minat murid terhadap subjek Pertanian di sekolah menengah. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah pendekatan kualitatif di mana dilaksanakan dengan menggunakan kaedah temubual dengan 3 orang guru Pertanian di sekolah menengah dan 3 orang pensyarah pendidikan bidang Pertanian di universiti untuk menjawab persoalan kajian pengkaji. Dapatan kajian mendapati faktor dalaman dan luaran murid mempengaruhi minat mereka terhadap subjek Pertanian di sekolah menengah. Kajian ini juga mendapati peranan guru sangat berkesan dalam memupuk minat murid terhadap subjek Pertanian di mana guru perlu mewujudkan pendekatan yang baik dengan murid, menguasai kompetensi dan profesionalisme guru, mempunyai roh keguruan, memiliki nilai dan etika seorang guru, mahir menggunakan kaedah PdP abad ke-21 di dalam kelas dan juga memberikan pendedahan kepada murid mengenai sektor pertanian komersial sebenar. Oleh itu, kesimpulan daripada kajian ini mendapati minat pelajar terhadap pertanian boleh dibentuk/dipupuk melalui faktor dalaman dan luaran pelajar di mana peranan guru boleh mempengaruhi minat murid terhadap subjek Pertanian di sekolah menengah.
Abstract: Teacher instruction significantly influences students' interest in a subject. Thus, teachers play a crucial role in fostering students' interest in specific subjects. However, in recent years, the number of students enrolling in Agricultural Science has declined due to diminishing interest in the subject. This study aims to: i) Explore the factors influencing students' interest in Agricultural Science in secondary schools. ii) Examine the effective role of teachers in cultivating students' interest in Agricultural Science in secondary schools. A qualitative research design was employed, utilizing interviews with three secondary school Agricultural Science teachers and three university lecturers specializing in Agricultural Education to address the research questions. Findings revealed that both internal and external factors influence students' interest in Agricultural Science. The study also highlighted the significant role of teachers in fostering students' interest by establishing positive relationships with students, demonstrating teacher competence and professionalism, embodying the spirit of teaching, upholding teacher values and ethics, effectively employing 21st-century teaching and learning (T&L) methods, and providing students with exposure to the realities of the commercial agricultural sector. Consequently, the study concludes that students' interest in Agricultural Science can be nurtured through internal and external factors, where the teacher's role significantly impacts students' engagement with the subject in secondary schools.