Starter Pack Mudah Alih Perumahan Poltri Untuk Pelajar Tingkatan 4 Subjek Pertanian:Kajian Kes di SMK Mudzaffar Shah

Authors

  • Irfan Syahmi Shaarani Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Mohd Amirul Hussain Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Mohd Nazri Abdul Raji Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Mohd Yusof Kamaruzaman Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Zaliza Hanapi Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Abu Bakar Mamat Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Azizul Qayyum Basri Universiti Pendidikan Sultan Idris

Keywords:

Perumahan Poltri, Alat Bantu Mengajar, Reka Bentuk dan Pembangunan, Pendidikan Pertanian

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah produk starter pack perumahan ternakan poltri mudah alih bagi kegunaan pelajar tingkatan 4 dalam subjek Pertanian di SMK Mudzaffar Shah. Kajian ini menggunakan pendekatan reka bentuk dan pembangunan (Design and Development Research - DDR) yang melibatkan tiga fasa utama iaitu analisis keperluan, reka bentuk dan pembangunan, serta penilaian produk. Teknik pengukuran yang  digunakan termasuk pemerhatian, temu bual, dan pengumpulan data kualitatif dari pelbagai  sumber yang relevan. Dalam kajian ini, 11 orang pakar yang terdiri daripada guru-guru yang berpengalaman telah terlibat dalam proses pembangunan produk ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat keperluan kritikal dalam meningkatkan kefahaman pelajar, khususnya dalam meningkatkan keberkesanan pembelajaran topik perumahan poltri. Selepas melalui fasa temu bual bersama guru, produk ini didapati memenuhi keperluan pembelajaran serta objektif yang telah ditetapkan. Produk ini didapati mampu membantu pelajar memahami konsep perumahan poltri dengan lebih mendalam melalui pendekatan pembelajaran yang interaktif dan praktikal. Kajian ini mencadangkan penerapan produk serupa untuk topik lain dalam subjek Pertanian, serta penyelidikan lanjut mengenai keberkesanan jangka panjang produk ini.

Downloads

Published

2025-05-07