Peranan Komunikasi Efektif dalam Kalangan Pelajar Agroindustri Ternakan Poltri di Kolej Vokasional (Pertanian) Chenor [The Role of Effective Communication among Agro-Industry Poultry Students at Vocational College (Agriculture) Chenor]

Authors

  • Muhammad Ainol Jufri Fadzli Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Mohd Amirul Hussain Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Mohd Nazri Abdul Raji Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Mohd Yusof Kamaruzaman Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Zaliza Hanapi Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Abu Bakar Mamat Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Azizul Qayyum Basri Universiti Pendidikan Sultan Idris

Keywords:

komunikasi berkesan, Agroindustri Ternakan Poltri, Kolej Vokasional Chenor, Masalah komunikasi pelajar

Abstract

Abstrak: Komunikasi adalah proses penyampaian maklumat, perasaan, idea, dan fikiran antara individu. Dari segi etimologi, perkataan "komunikasi" berasal daripada bahasa Latin, iaitu "cum" yang bermaksud "dengan" dan "umus" yang bermaksud "satu." Tanpa komunikasi yang efektif, salah tafsir maklumat boleh berlaku, membawa kepada perselisihan faham. Masalah ini kerap berlaku dalam kalangan pelajar, membatasi pergaulan dan proses pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti peranan komunikasi efektif dalam kalangan pelajar Agroindustri Ternakan Poltri di Kolej Vokasional (Pertanian) Chenor, serta mencadangkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah komunikasi. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui temu bual, dengan analisis data menggunakan perisian tematik. Kajian ini memberikan sumbangan penting kepada pemahaman mengenai peranan komunikasi berkesan dalam kalangan pelajar, serta menyarankan langkah-langkah untuk memperkukuh komunikasi di Kolej Vokasional (Pertanian) Chenor. Hasil kajian ini juga dapat membantu institusi dalam meningkatkan amalan komunikasi antara pelajar dan pensyarah.

Abstract: Communication is the process of conveying information, emotions, ideas, and thoughts between individuals. Etymologically, the word "communication" originates from the Latin terms "cum," meaning "with" or "together," and "umus," meaning "one." Without effective communication, misinterpretations can arise, leading to misunderstandings and conflicts. This issue often occurs among students, limiting their social interactions and hindering the learning process. This study aims to identify the role of effective communication among Agro-Industry Poultry students at the Vocational College (Agriculture) Chenor, and to propose strategies for addressing communication challenges. The research employs a qualitative approach, utilizing interviews for data collection, and the data is analyzed using thematic software. This study makes a significant contribution to understanding the role of effective communication among students and provides recommendations for improving communication practices at KV Chenor. The findings also offer valuable insights for the institution in enhancing communication between students and lecturers.

Downloads

Published

2025-03-30