Mengoptimumkan Modul Pembelajaran untuk Pelajar Autisme: Maklum Balas Kaunselor Melalui Teknik Kumpulan Nominal [Optimizing a Learning Module for Students with Autism: Feedback from Counselors via the Nominal Group Technique]

Authors

  • Maznah Ramli Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang, Malaysia
  • Nurul Fazzuan Khalid Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang, Malaysia
  • Rozniza Zaharudin Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang, Malaysia
  • Siti Nordarma Ab Rahman Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang, Malaysia

Keywords:

Modul Pembelajaran, Pendidikan Autisme, Teknik Kumpulan Nominal (NGT), Learning Module, Autisme Education, Nominal Group Technique (NGT)

Abstract

Kajian ini bertujuan mengoptimumkan modul pembelajaran bagi pelajar autisme melalui maklum balas kaunselor menggunakan Teknik Kumpulan Nominal (NGT). NGT merupakan metodologi sistematik yang mengumpulkan pandangan pakar secara berstruktur. Sesi NGT dijalankan secara dalam talian dengan penyertaan 10 orang pakar dalam bidang kesihatan mental dan pendidikan autisme. Setiap pakar menyumbangkan idea, yang kemudiannya dikongsi dan diundi untuk menentukan keutamaan. Hasil kajian menunjukkan semua item memperoleh lebih daripada 70 peratus persetujuan, dengan beberapa item mencapai 100 peratus. Ini mencerminkan kepentingan pendekatan komprehensif yang melibatkan pendidikan dan rawatan tingkah laku. Keputusan ini menunjukkan bahawa NGT merupakan metodologi yang efektif untuk mendapatkan konsensus pakar di samping menghasilkan modul pembelajaran yang lebih relevan dan berkesan. Kesimpulannya, pendekatan ini memberikan sumbangan penting dalam Pendidikan Khas dan boleh diaplikasikan dalam konteks lain yang memerlukan penilaian pakar.

This study aims to optimize a learning module for students with autism through counselor feedback utilizing the Nominal Group Technique (NGT). NGT is a systematic methodology that collects expert opinions in a structured manner. The NGT session was conducted online, involving 10 experts in mental health and autism education. Each expert contributed ideas, which were subsequently shared and ranked to establish priorities. The findings revealed that all items received over 70% agreement, with some achieving 100%. This highlights the importance of a comprehensive approach integrating education and behavioral interventions. The results demonstrate that NGT is an effective methodology for reaching expert consensus while producing more relevant and effective learning modules. In conclusion, this approach makes a significant contribution to special education and can be applied in other contexts requiring expert evaluation.

Downloads

Published

2024-12-20