Kepimpinan Pemimpin Pertengahan: ’Kunci’ Integrasi Nilai ke Arah Society 5.0 [Middle Leadership: The Key to Value Integration in Society 5.0]
Keywords:
Kepimpinan nilai, pemimpin pertengahan, Society 5.0, prestasi organisasi, etika, Leadership values, middle leaders, organizational performance, ethicsAbstract
Society 5.0 memerlukan pembudayaan baharu terhadap kepimpinan yang mengutamakan tanggungjawab sosial dan tingkah laku yang beretika. Kajian yang dijalankan ini merupakan satu kertas konsep yang bertujuan untuk meneroka elemen utama nilai dalam kempimpinan pemimpin pertengahan. Penerapan nilai sangat penting kepada pemimpin pertengahan kerana ini merupakan langkah pertama mereka menjadi pemimpin. Dengan menggunakan pendekatan holistik yang menggabungkan etika digital dengan kepimpinan tradisional melalui latihan berterusan kepada pemimpin pertengahan, proses membuat keputusan lebih bernilai kemanusiaan sekaligus ini dapat menyeimbangkan pemupukan budaya inovasi yang lebih mampan dan bertanggungjawab ke arah Society 5.0. Objektif utama adalah untuk menganalisis elemen-elemen utama dalam pembangunan model latihan kepimpinan pemimpin pertengahan berintegrasikan nilai bagi menghadapi cabaran era Society 5.0. Reka bentuk dan pembangunan metodologi menggunakan tiga fasa, terdiri daripada fasa pertama temu bual, fasa kedua Teknik Taburan Nominal (NGT) bagi rekabentuk dan Interpretive Structural Modelling (ISM) bagi pembangunan, dan fasa ketiga kaedah Teknik Fuzzy Delphi Method (FDM) bagi penilaian kebolehgunaan. Sorotan kajian lepas, menunjukkan integrasi nilai dalam kepimpinan dapat meningkatkan kualiti serta mengukuhkan budaya organisasi, dan membantu pemimpin dalam proses membuat keputusan. Seiring dengan Society 5.0 yang mementingkan nilai kemanusiaan, kajian ini juga memberi penekanan kepada rangka kerja yang holistik merangkumi pelaksanaan kepimpinan yang beretika, berkesan dan komprehensif. Di samping itu cadangan penyelidikan ini juga dapat memberi sumbangan kepada pembangunan pendidikan yang lebih beretika, ke arah masyarakat yang lebih mampan dan bertanggungjawab khususnya dalam era Society 5.0.
Society 5.0 requires a new leadership paradigm prioritizing social responsibility and ethical behavior. This concept paper examines the role of value-integrated leadership in unlocking the potential of Society 5.0. Using a holistic approach that merges digital ethics with traditional leadership through continuous training for middle leaders, the decision-making process becomes more compassionate. It can effectively promote a sustainable and responsible innovation culture toward Society 5.0. The design and development of the methodology follow three phases: the first phase involves interviews, the second phase applies the Nominal Group Technique (NGT) for design and Interpretive Structural Modelling (ISM) for development, and the third phase utilizes the Fuzzy Delphi Method (FDM) to assess usability. A review of previous studies indicates that integrating values into leadership enhances organizational performance, aids decision-making, and strengthens organizational culture. In alignment with the human-centered focus of Society 5.0, this study emphasizes a holistic framework encompassing ethical, effective, and comprehensive leadership practices. Furthermore, the proposed research offers valuable contributions to developing more ethical education systems and fostering a more sustainable and responsible society, particularly in the era of Society 5.0.