Standard Kriteria: Kesahan dan Kebolehpercayaan Modul MAM-P Terhadap Individu Krisis [Standard Criteria: Validity and Reliability of the MAM-P Module for Individuals in Crisis]

Authors

  • Siti Nordarma Ab Rahman Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia
  • Nor Shafrin Ahmad Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia
  • Nor Hernamawarni Abdul Majid Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia

Keywords:

kesahan, kebolehpercayaan, modul, krisis, validity, reliability, module, crisis

Abstract

Krisis merupakan respon awal yang ditunjukkan oleh seseorang individu apabila berhadapan dengan sesuatu kejadian atau keadaan di luar dari kebiasaan kehidupan seharian mereka. Individu yang mempunyai tahap intensiti krisis yang tinggi bukan sahaja memberi kesan yang negatif kepada pemikiran, perasaan dan tingkah laku malah turut menjejaskan aktiviti rutin harian mereka sehingga mendatangkan simptom-simptom masalah kesihatan mental seperti cepat cemas, resah, bimbang, sedih berpanjang, sukar tidur, kurang selera makan, cepat marah, hilang fokus dan murung. Kajian ini bertujuan untuk menilai dan menentukan kesahan dan kebolehpercayaan Modul Mindfulness dan Psiko Pendidikan (MAM-P) terhadap individu krisis di Unit Psikologi Kaunseling, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Modul mengandungi lima sesi pertemuan dengan 22 aktiviti. Modul MAM-P diberikan kepada 10 orang panel pakar yang berpengalaman dalam bidang pembinaan modul, kaunseling, psikiatri, dan psikologi bagi membuat penilaian kualiti dan menentukan kesahan modul. Data penilaian kualiti Modul MAM-P; kesahan dan kebolehpercayaan diperoleh daripada tinjauan yang menggunakan dua borang soal selidik iaitu soal selidik kesahan kandungan modul dan soal selidik kesahan kandungan kesesuaian sesi dan aktiviti. Data penilaian pakar dianalisis menggunakan peratusan. Dapatan analisis penilaian pakar menunjukkan bahawa modul MAM-P mempunyai kesahan kandungan keseluruhan yang tinggi iaitu 94.6 dan bagi kesahan kandungan sesi dan aktiviti modul menunjukkan nilai kesahan berada antara .90 hinggi .96 dengan purata nilai kesahan .93. Justeru, hasil dapatan menunjukkan bahawa modul yang dibangunkan mempunyai kesahan yang tinggi. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu dilakukan bagi memastikan modul MAM-P yang dibangunkan dapat menepati objektif dan mampu dilaksanakan dengan baik dan sempurna. Modul MAM-P ini diharapkan dapat dijadikan bahan dan panduan dalam memberi intervensi krisis yang berkesan kepada individu yang mengalami krisis.

A crisis represents an initial response shown by an individual when faced with an event or situation outside the normal routines of daily life. Individuals experiencing high levels of crisis intensity not only face negative impacts on their thoughts, emotions, and behaviors but may also find their daily activities disrupted, leading to symptoms of mental health issues such as heightened anxiety, restlessness, worry, prolonged sadness, sleep disturbances, loss of appetite, irritability, lack of focus, and depression. This study aims to assess and determine the validity and reliability of the Modul Mindfulness dan Psiko Pendidikan (MAM-P) for individuals in crisis at the Counseling Psychology Unit, Ministry of Health Malaysia (MOH). The module comprises five sessions with 22 activities. The MAM-P module was evaluated by 10 expert panelists with experience in module development, counseling, psychiatry, and psychology to assess its quality and establish its validity. Data on the module's quality, validity, and reliability were obtained through two survey instruments: a questionnaire on content validity and a questionnaire on session and activity appropriateness. The experts’ evaluations were analyzed using percentages. The analysis revealed that the MAM-P module has high overall content validity, with a score of 94.6, and the validity of session and activity content ranged from .90 to .96, with an average validity score of .93. Therefore, the findings indicate that the developed module shows high validity. However, several improvements are necessary to ensure the MAM-P module meets its objectives and can be effectively implemented. The MAM-P module is expected to serve as a resource and guide for providing effective crisis interventions to individuals experiencing crises.

Downloads

Published

2024-06-02