Pendidikan Karakter dan Transformasi Sosial: Pengalaman Masyarakat di bawah Kepimpinan Tuan Guru Kiai Haji Muhammad Zainuddin Abdul Majid

Authors

  • M. Sadili Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Zuraidah Juliana Mohamad Yusoff Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin

Keywords:

Pendidikan Karakter, Transformasi Sosial, Kepimpinan Tuan Guru Kiai Haji Muhammad Zainuddin Abdul Majid

Abstract

Pendidikan karakter bukan sahaja berkaitan dengan pengetahuan akademik, tetapi juga berkenaan pembangunan nilai moral, etika dan sahsiah yang kukuh. Oleh itu, pendidikan karakter memainkan peranan penting dalam membentuk individu yang boleh menyumbang secara positif kepada masyarakat, mengekalkan keamanan dan mempromosikan kebaikan secara menyeluruh. Matlamat pendidikan adalah untuk memperkembangkan potensi pelajar agar menjadi insan yang beriman, bertakwa, berdikari, kreatif, berilmu dan berkebolehan serta mampu menjadi warganegara yang demokratik dan bertanggungjawab. Pergeseran nilai yang berlaku memberi kesan negatif kepada struktur kehidupan masyarakat. Ini termasuk peningkatan kes penyalahgunaan dadah, penggunaan slanga yang kurang sopan, serta munculnya kumpulan samseng motosikal yang mengganggu masyarakat. Tambahan pula, pergolakan ini turut menyumbang kepada kemerosotan pedoman moral dan kurangnya rasa hormat dalam masyarakat, serta menyebabkan peningkatan penyebaran pembohongan dan konflik sosial yang lain. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan literatur dengan memanfaatkan sumber perpustakaan sebagai bahan dalam mendapatkan hasil daripada kajian yang dijalankan. Sumber perpustakaan dalam penyelidikan ini ialah buku, jurnal ilmiah, artikel dan dokumen berkaitan sebagai sokongan kepada kejayaan penyelidikan ini. Peranan pendidikan budi pekerti Tuan Guru Kiai Haji Muhammad Zainuddin Abdul Majid merupakan aspek penting dalam memahami nilai-nilai yang terkandung dalam puisinya. Nilai seperti keberagamaan, kesetiaan kepada bangsa, kesungguhan, kesabaran, keberanian, semangat perpaduan, kebaikan hati, kekuatan moral, ketekunan, amanah, kejujuran, keadilan, keinginan untuk mengetahui, semangat berbakti, sikap bertolak ansur, kepercayaan, saling nasihat-menasihati, budaya hormat-menghormati, kesedaran sosial, kepatuhan kepada disiplin, teladan, dan kerja keras adalah nilai-nilai yang diserapkan dalam karya-karya beliau. Tuan Guru Kiai Haji Muhammad Zainuddin Abdul Majid telah mampu merealisasikan pengaruhnya sebagai seorang tokoh yang memiliki kemampuan untuk mengubah masyarakat melalui kekuasaan yang dimiliki melalui kedudukan dan kekuatan personalnya. Transformasi sosial yang dilakukannya merupakan gambaran nyata dari gaya kepemimpinan yang meliputi pengaruh yang ideal, rangsangan intelektual, perhatian individu, dan motivasi yang menginspirasi. Melalui pendekatannya yang holistik ini, beliau berhasil mengubah taraf kehidupan masyarakatnya dari ketertinggalan ke arah kemajuan dalam bidang pendidikan dan agama.

Downloads

Published

2024-03-12