Amalan Kepimpinan Moral Pemimpin Sekolah (SLT) dalam Meningkatkan Kredibiliti Pemimpin Berprestasi Tinggi di Negeri Perak: Satu Kajian Awal

Authors

  • Shamsul Mohamed Yusak JDPP, Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Tajulashikin Jumahat JKKI, Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Rahmisafa Hamid Open University Malaysia

Keywords:

Kepimpinan Moral, Gaya Kepimpinan, Pengetua/Guru Besar, Pasukan Pemimpin Sekolah (SLT), Moral Leadership, Leadership Style, Principal/Headmaster, School Leadership Team (SLT)

Abstract

Usaha berterusan kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah untuk mewujudkan pendidikan berkualiti tinggi. Dalam hal ini, pasukan pemimpin sekolah (SLT) merupakan tonggak utama kepada Pengetua/Guru Besar (PGB) dalam mengurus tadbir sekolah dengan berkesan bagi menyokong matlamat ini. Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau tahap amalan kepimpinan moral SLT berdasarkan lima dimensi Model Kepimpinan Moral berdasarkan model yang dikemukan oleh Northouse (2004) iaitu (1) Membina Komuniti Sekolah; (2) Menunjukkan Keadilan; (3) Mempamerkan Kejujuran; (4) Menghormati Warga Sekolah; dan (5) Berkhidmat Untuk Warga Sekolah. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif berbentuk deskriptif ditadbir secara rawak menggunakan 'google form' melibatkan 60 orang responden yang terdiri daripada SLT sekolah-sekolah di negeri Perak. Dapatan kajian menunjukkan bahawa 60% responden mengamalkan gaya kepimpinan moral pada tahap yang agak tinggi. Konstruk memupuk amalan saling hormat-menghormati dalam kalangan warga sekolah mendapat skor min yang tertinggi. Dapatan kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan kepada semua pemimpin sekolah untuk menjadikan kepimpinan moral ini sebagai keutamaan dalam pentadbirannya di sekolah. Diharapkan pihak berkepentingan seperti KPM, IAB, JPN, dan PPD memandang serius dalam merangka modul dan latihan yang sesuai untuk meningkatkan kredibiliti pemimpin sekolah berprestasi tinggi, khususnya dalam membentuk kecemerlangan akademik murid, kepuasan kerja guru, penglibatan ibu bapa, dan iklim sekolah yang kondusif.

With the ongoing efforts of the government through the Malaysian Ministry of Education (KPM) to create high quality education, the School Leadership Team (SLT) becomes the main pillar of the Principal/Principal (PGB) in managing school governance effectively. PGB leadership issues that need improvement might include democratic leadership, effective communication practices, empathy, fairness, acting rationally, keeping promises, speaking the truth, managing financial matters honestly and trustfully, and appreciating the contributions of the subordinates. The purpose of this study is to review the level of SLT moral leadership practice based on the five dimensions of moral leadership by Northouse (2004) namely: (1) Building the School community, (2) Showing Justice; (3) Showing Honesty, (4) Respecting the School People, and (5) Serving the School People. This study is a descriptive quantitative study that was randomly administered using a 'google form' involving 60 respondents consisting of SLTs in schools in the state of Perak. The findings of the study show that 60% of SLTs practice moral leadership at a relatively high level. The construct of fostering mutual respect among school members got the highest mean score. The findings of this study are expected to be a guide for all school leaders to make moral leadership a priority in their school administration. It is hoped that stakeholders such as KPM, IAB, JPN, and PPD take it seriously in designing appropriate modules and training to increase the credibility of high-performing school leaders, especially in shaping student academic excellence, teacher job satisfaction, parental involvement, and a conducive school climate.

Downloads

Published

2023-12-27