LEADERSHIP PRACTICES OF SK ULU LUBAI HEADMASTER IN FORMING A CONDUCIVE SCHOOL CLIMATE [AMALAN KEPIMPINAN GURU BESAR SK ULU LUBAI DALAM MEMBENTUK IKLIM KONDUSIF SEKOLAH]

Authors

  • ASWANDI LAMAN Institut Aminuddin Baki, Malaysia
  • MOHD NURI MUSTAFA Institut Aminuddin Baki, Malaysia
  • SAMEN SANGGOD Institut Aminuddin Baki, Malaysia
  • BEATRICE AK PAUL DIRING Institut Aminuddin Baki, Malaysia

Keywords:

Leadership, Practice, Style, Climate, Conducive Environment, Culture, Kepimpinan, Amalan, Gaya, Iklim, Persekitaran Kondusif, Budaya

Abstract

Abstract: SK Ulu Lubai (SKUL) is a school in the rural of Sarawak. The achievement of this rural school as a High Performance school is to show that other rural schools are also able to achieve high performance levels such as SK Ulu Lubai. Existing leadership practices may be a model for other schools to emulate. Researchers through this study try to deepen the existing leadership practices to be used as findings that can be used as an example. This study was conducted in a descriptive Mix Method. The study was reviewed in terms of leadership practices through six aspects of leadership that were studied based on the perceptions of nearby teachers from three schools, namely SK Ulu Lubai, SK Nangga Merit and SK Kuala Mendalam on the leadership practices of SK Ulu Lubai. Findings from the order of priority of practice and leadership style of SK Ulu Lubai Headmaster show that Capacity Building leadership is the highest with a mean of 3.9815. Then followed by Visionary Leadership whose min is 3.9481. Teaching Leadership, on the other hand, has a minnya level of 3.9444 at the third level. While Minnya Communication Leadership is 3.8765. As for the Welfare Leadership, the oil level is 3,8519. The last leadership that seems to stand out in the leadership practice of SKUL is Leadership with the minimum minna rate of 3.7605. While the survey based on the position of the significant level between Leadership with the practice of Leadership SKUL from the three schools studied the findings show that the relationship between leadership and Communication significant value is very strong that is .953. The relationship between Leadership and Visionary Leadership is the least significant at .086. Therefore, to further strengthen the data, researchers have made a survey through observation protocol to see the results of leadership practices conducted in schools. Observations show that the school has successfully formed a good school climate that is Value Formation (Respectful, Time Management, Disciplined) Formation of a conducive environment (Infrastructure Facilities, Clean-Organized, and Fun) and Excellent Culture (Student's Centered). The successes has been proven in the leadership practice of SKUL Headmasters it is suggested that it can be a model to be replicated to other rural schools. Because SKUL, even in a rural location, is able to be a high-performing school that may be reached by other rural schools as well.

Abstrak: SK Ulu Lubai (SKUL) adalah sebuah sekolah di pedalaman negeri Sarawak. Pencapaian sekolah pedalaman ini sebagai sebuah sekolah Berprestasi Tinggi adalah menunjukkan bahawa sekolah pedalaman lain juga mampu mencapai tahap berprestasi tinggi seperti SK Ulu Lubai. Amalan kepimpinan yang ada mungkin boleh menjadi model kepada sekolah lain untuk meneladaninya. Pengkaji melalui kajian ini cuba mendalami amalan kepimpinan yang ada untuk dijadikan sebagai dapatan yang boleh dijadikan sebagai contoh. Kajian ini dijalankan secara Mix Methode yang berbentuk deskriptif. Kajian ditinjau dari segi amalan kepimpinan melalui enam aspek kepimpinan yang dikaji berdasarkan persepsi guru-guru yang berdekatan dari tiga buah sekolah iaitu SK Ulu Lubai, SK Nangga Merit dan SK Kuala Mendalam terhadap amalan kepimpinan SK Ulu Lubai. Hasil dapatan dari urutan keutamaan amalan dan gaya kepimpinan Guru Besar SK Ulu Lubai menunjukkan bahawa kepimpinan Membangun Kapasiti adalah paling tertinggi dengan min 3.9815. Kemudian diikuti pula dengan Kepimpinan Berwawasan yang minnya adalah 3.9481. Kepimpinan Pengajaran pula, kedudukan tahap minnya iaitu 3.9444 berada pada tahap yang ketiga. Manakala Kepimpinan Komunikasi minnya adalah 3.8765. Adapun Kepimpinan Kebajikan tahap minnya adalah 3.8519. Kepimpinan terakhir yang nampak menonjol dalam amalan kepimpinan Sk Ulu Lubai adalah Kepemimpinan dengan kadar minnya paling minimum iaitu 3.7605. Manakala tinjauan berdasarkan kedudukan tahap signifikan antara Kepemimpinan dengn amalan Kepimpinan SK Ulu Lubai dari ketiga-tiga buah sekolah yang dikaji dapatan menunjukkan hubungan kepemimpinan dengan Komunikasi nilai signifikannya adalah sangat kuat iaitu .953. Adapun hubungan Kepemimpinan dengan Kepimpinan Berwawasan adalah yang paling minima signifikannya iaitu .086. Justeru itu bagi mengukuhkan lagi data, pengkaji telah membuat tinjauan melalui protokol pemerhatian untuk melihat hasil amalan kepimpinan yang dijalankan di sekolah. Dapatan pemerhatian menunjukkan sekolah tersebut telah berjaya membentuk iklim sekolah yang baik iaitu Pembentukan Nilai (Hormat menghormati, Memanfaatkan masa, Berdisiplin) Pembentukan persekitaran yang kondusif (Kemudahan infrastruktur, Bersih-Tersusun, dan Menyeronokkan) dan budaya yang cemerlang (student's centered). Disebabkan kejayaan telah terbukti dalam amalan kepimpinan Guru Besar SKUL maka dicadangkan ia boleh menjadi sebuah model untuk direplikasikan terhadap sekolah pedalaman yang lain. Kerana SKUL walaupun berada di lokasi pedalaman mampu menjadi sekolah berprestasi tinggi yang mungkin boleh dicapai juga oleh sekolah pedalaman yang lain.

Downloads

Published

2021-03-30