PANDEMIK COVID 19: CABARAN DALAM PENGAJARAN GURU PENDIDIKAN ISLAM DAN PEMBELAJARAN MURID PRASEKOLAH [COVID PANDEMIC 19: CHALLENGES IN THE TEACHING OF ISLAMIC EDUCATION TEACHERS AND THE LEARNING OF PRESCHOOL STUDENTS]
Keywords:
Online Teaching and Learning, Islamic Education Teachers, Online PdP Challenge, preschool, Pengajaran dan Pembelajaran dalam talian, Guru Pendidikan Islam, Cabaran PdP dalam talian, prasekolahAbstract
Abstract: The transformation of technology in Teaching and Learning (PdP) occurred suddenly due to the spread of Covid Pandemic 19. Islamic Education teachers are among the communities affected by the transition of the teaching landscape from face to face to online. This study aims to identify the challenges of teaching Islamic Education Teachers (GPI) and online student learning during the period of Movement Control Order (PKP) and it is not impossible that it will continue in the future. This study uses a qualitative method approach by analyzing documents in the form of journal articles published 2016 to 2021 by using Google Scholar and ERIC databases to examine the challenges faced in implementing PdP in the period of Covid Pandemic 19. The findings show that in general the challenges can be summarized in the following aspects namely technical, academic, communication and motivation. From the unstable level of internet access, lack of device facilities, attitude and motivation as well as skills of teachers and students. The implication is that there are inequalities in the education system for students who do not have internet access and devices. However, the positive implications occur to teachers because it has sparked an extraordinary enthusiasm and effort to improve the skills of adapting technology in education more aggressively. Suggestions for improvement are identified to ensure that PdP can achieve optimal objectives even in a new normative Teaching and Learning environment.
Abstrak: Transformasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran berlaku secara mendadak akibat penularan Pandemik Covid 19. Guru Pendidikan Islam merupakan antara komuniti yang terkesan akibat peralihan landskap pengajaran daripada bersemuka kepada dalam talian. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti cabaran-cabaran pengajaran Guru Pendidikan Islam (GPI) dan Pembelajaran murid prasekolah secara dalam talian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan tidak mustahil ianya akan diteruskan pada masa akan datang. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah kualitatif dengan menganalisis dokumen yang berbentuk artikel jurnal terbitan 2016 hingga 2021 dengan menggunakan pengkalan data Google Scholar dan ERIC untuk meneliti cabaran-cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan PdP dalam dalam tempoh Pandemik Covid 19. Dapatan kajian menunjukkan cabaran dapat dirangkumkan dalam aspek-aspek berikut iaitu teknikal, akademik, komunikasi dan motivasi. Dari tahap capaian internet yang tidak stabil, kekurangan kemudahan peranti, sikap dan motivasi serta kemahiran guru dan murid. Implikasinya, berlaku ketidaksamaan dalam sistem pendidikan bagi murid-murid yang tidak memiliki kemudahan capaian internet dan peranti. Namun, implikasi positif berlaku kepada guru-guru kerana ianya telah mencetuskan satu semangat dan usaha yang luar biasa berusaha mempertingkatkan kemahiran mengadaptasi teknologi dalam pendidikan dengan lebih agresif. Cadangan penambahbaikan dikenalpasti untuk memastikan PdP dapat mencapai objektif yang optimum walaupun dalam suasana Pengajaran dan Pembelajaran norma baharu.