KESEDARAN DAKWAH ISLAMIYYAH DALAM KALANGAN MASYARAKAT ISLAM DI DAERAH MARAN [AWARENESS OF ISLAMIC PROSELYTIZATION AMONG THE MUSLIM COMMUNITY IN MARAN DISTRICT]

Authors

  • NURUL ATIKAH SHAFIE Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
  • ZURAIDAH JULIANA MOHAMAD YUSOFF Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia

Keywords:

Da’wah, da'wah awareness, dakwah technique, Dakwah, kesedaran dakwah, teknik dakwah

Abstract

Abstract Da'wah is the foundation for the sustainability of the quality of Muslims. The demand for da'wah must be continued as an effort to preserve Islam and guide its people to continue to live a true life and be pleasing to Allah. However, Muslims are seen as uninterested to pursue and carry the demands of preaching. The awareness of preaching seems to have disappeared in the life of the society which is now more of a life with the concept of nafsi-nafsi without caring about the surrounding society. Therefore, this study aims to examine the level of awareness of da'wah among the community of Muslim in Maran, Pahang. The main aspects of this study will cover the topic on da'wah awareness among community of Muslim, the differences of the awareness based on demographic factors, and the effective techniques of da'wah. A total of 177 respondents were involved in this study. Data is collected using questionnaires and analyzed using SPSS computer private, which is an abbreviation of Statistical Package for Social Sciences. Based on the findings, the level of Muslim awareness on Islamic da'wah and effective da'wah techniques (in order to increase the awareness) is high. In addition, the findings showed that there were differences in the level of awareness of the Muslim community on da'wah on several demographic factors studied. Therefore, studies suggested gaining efforts and initiatives from various parties to ensure that the Muslim community have higher level of interest and awareness for carrying out for da'wah.

Abstrak: Dakwah adalah tunjang kepada kelestarian kualiti umat Islam. Tuntutan berdakwah perlu diteruskan sebagai usaha memelihara Islam dan membimbing umatnya agar terus berada dalam kehidupan yang benar dan diredhai Allah. Namun, umat Islam dilihat sudah tidak cakna kepada tuntutan berdakwah. Kesedaran berdakwah seolah-olah sudah hilang dalam kehidupan masyarakat yang kini lebih kepada kehidupan berkonsepkan nafsi-nafsi tanpa menghiraukan masyarakat sekeliling. Maka kajian ini bertujuan meninjau tahap kesedaran dakwah Islamiyyah dalam kalangan masyarakat Islam di daerah Maran, Pahang. Tiga aspek utama diberi fokus dalam kajian ini iaitu tahap kesedaran dakwah masyarakat Islam, perbezaannya berdasarkan faktor demografi, dan teknik dakwah yang berkesan. Seramai 177 orang responden telah telah terlibat dalam kajian ini. Data dikutip dengan menggunakan borang soal selidik dan dianalisis menggunakan prisian komputer SPSS iaitu singkatan daripada Statistical Package for Social Sciences. Berdasarkan hasil kajian yang diperolehi didapati bahawa tahap kesedaran masyarakat Islam tentang dakwah Islamiyyah dan teknik dakwah yang berkesan bagi meningkatkan kesedaran dakwah adalah tinggi. Di samping itu, dapatan membuktikan terdapat perbezaan pada tahap kesedaran masyarakat Islam tentang dakwah pada beberapa faktor demografi yang dikaji. Oleh itu, kajian ini mencadangkan supaya wujudnya usaha dan inisiatif daripada pelbagai pihak bagi memastikan masyarakat Islam mempunyai kesedaran yang tinggi dalam melaksanakan tugas dakwah.

Downloads

Published

2021-09-30