Pembangunan dan Pengesahan Instrumen Bagi Komuniti Pembelajaran Profesional Berdasarkan Model Hord Menggunakan Analisis Faktor Penerokaan dan Analisis Faktor Pengesahan

Authors

  • Fanidawarti Hamzah Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Abdul Hakim Abdullah Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin

Keywords:

Analisis Faktor Penerokaan (EFA), Analisis Faktor Pengesahan (CFA), Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP), Model Hord

Abstract

Sekolah yang membudayakan amalan Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) mencipta persekitaran yang mewujudkan nilai-nilai pembelajaran berkolaboratif. Amalan ini menekankan perbincangan dinamik dalam kalangan guru, pelajar, pentadbir sekolah, dan ibu bapa. Amalan KPP bertujuan untuk meningkatkan kualiti pembelajaran sepanjang hayat dalam komuniti sekolah. KPP digambarkan sebagai model yang membentuk budaya pembelajaran di kalangan guru dan memastikan kesejahteraan semua ahli sekolah. Kajian ini bertujuan membangun dan mengesahkan instrumen yang direka untuk mengukur tahap amalan KPP dalam kalangan guru-guru di sekolah menengah kebangsaan berdasarkan model Hord (1997), yang sering digunakan dalam sistem pendidikan Malaysia untuk menilai sejauh mana amalan KPP dalam kalangan guru. Seramai 100 orang responden menjalani analisis faktor penerokaan (EFA) menggunakan SPSS dalam kajian rintis yang mencadangkan item dengan muatan faktor yang rendah disingkirkan. Seterusnya, 328 responden terlibat dalam pengumpulan data sebenar, menjalani analisis faktor pengesahan (CFA) menggunakan perisian AMOS. Instrumen ini memenuhi keperluan CFA dengan menunjukkan kebolehpercayaan yang tinggi dalam mengukur amalan KPP dalam kalangan guru. Instrumen ini diharapkan dapat menilai amalan KPP dalam kalangan guru, menyumbang kepada pembentukan komuniti sekolah yang menggalakkan hubungan yang efektif dan kerjasama pintar untuk menangani cabaran pembelajaran pelajar, akhirnya mencipta persekitaran sekolah yang berkesan dan cekap.

Downloads

Published

2023-12-10