TAHAP KEFUNGSIAN KELUARGA DALAM KALANGAN GURU DI KELANTAN (THE LEVEL OF FAMILY FUNCTIONING AMONG TEACHERS IN KELANTAN)
Keywords:
Kefungsian keluarga, Guru, Kelantan, Family Functioning, TeachersAbstract
Dasar Keluarga Negara diwujudkan untuk memperkasakan status institusi kekeluargaan serta meningkatkan kualiti hidup masyarakat. Dalam usaha untuk mewujudkan keluarga yang sejahtera, kefungsian keluarga merupakan asas penting yang perlu dititikberatkan. Walau bagaimanapun, kes keruntuhan rumah tangga di Malaysia merekodkan peningkatan setiap tahun. Keadaan ini membimbangkan banyak pihak dan memerlukan perhatian daripada pelbagai aspek untuk meningkatkan lagi kualiti perkahwinan seterusnya menghasilkan keluarga yang dapat berfungsi dengan baik. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap kefungsian keluarga dalam kalangan guru di Kelantan. Kajian ini mengaplikasikan pendekatan kuantitatif dengan menggunakan instrumen Family Adaptability and Cohesion Evaluation Scale. Kajian ini melibatkan sampel 63 orang guru dari populasi 75 orang guru dari sebuah sekolah menengah di negeri Kelantan. Data dipersembahkan melalui statistik deskriptif dalam bentuk sisihan piawai, min, kekerapan dan peratus. Dapatan kajian menunjukkan tahap kefungsian keluarga responden berada pada tahap yang tinggi dan memuaskan. Hal ini demikian menunjukkan responden mempunyai hubungan kekeluargaan yang stabil. Kesimpulannya, kajian ini dapat memberi sumbangan dari sudut perbincangan teori di samping memberi implikasi positif terhadap amalan pasangan suami isteri, guru, masyarakat, kaunselor, organisasi terlibat dan kementerian dalam memperkukuhkan institusi keluarga dan perkahwinan.
The National Family Policy aims to enhance the family institution while also improving society’s quality of life. The foundation for building a tranquil family is a high level of family functioning. However, data reveal that the number of divorces has been progressively rising each year. This is a worrying scenario that necessitates attention from a variety of sources in order to focus efforts on improving the quality of marriages and creating a family that can operate successfully. Therefore, this study aims to identify the level of family functioning among teachers in Kelantan. In this study, a quantitative method was used using Family Adaptability and Cohesion Evaluation Scale. This study involved a sample of 63 teachers from a population of 75 teachers from a secondary school in Kelantan. Descriptive statistics in the form of standard deviations, min, frequency, and percentage were used to analyse the data. In general, the study's findings indicate that the respondents' family functioning is quite high. This also indicates that the respondents have a stable family relationship. As a result, this research can contribute to the discussion of theory, as well as positive implications on the practise of married couples, teachers, society, counsellors, involved organisations, and ministries in strengthening family and marriage institutions.