PENGUASAAN SUBTOPIK MEKANISME DENYUTAN JANTUNG MENERUSI KAEDAH TAPAK TANGAN “DRAW ON YOUR PALM” [MASTERY OF THE HEARTBEAT MECHANISM SUBTOPIC THROUGH THE METHOD OF "DRAW ON YOUR PALM"]

Authors

  • ZURAIDAH JULIANA MOHAMAD YUSOFF Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin
  • HAFIZUL ADAM HASHIM Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah, Universiti Sultan Zainal Abidin
  • AIN AMIRAH ROSLI Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah, Universiti Sultan Zainal Abidin
  • WAN NOR AQLIAH TUN MOHD SALIM Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah, Universiti Sultan Zainal Abidin

Keywords:

Mekanisme denyutan jantung, tapak tangan, refleksi, intervensi, Mechanism of heartbeat, palm, reflection, intervention

Abstract

Abstrak: Penguasaan subtopik mekanisme denyutan jantung amat penting bagi pelajar kerana ia merupakan konsep asas yang perlu dikuasai dalam mata pelajaran Biologi. Tinjauan awal mendapati kebanyakan pelajar tidak dapat mengilustrasi struktur jantung dengan baik dan mereka tidak dapat membezakan bahagian dan fungsi yang terdapat pada bahagian kiri dan kanan jantung. Kebanyakan pelajar tidak berminat dengan subtopik ini kerana berpendapat bahawa struktur jantung adalah kompleks. Maka kajian ini bertujuan meneliti keberkesanan kaedah Draw On Your Palm dalam meningkatkan penguasaan subtopik Mekanisme Denyutan Jantung. Seramai 20 orang pelajar biologi tingkatan 4 terlibat dalam kajian ini. Kajian ini berbentuk gabungan kuantitatif dan kualitatif melalui edaran soalan selidik dan kajian lapangan. Ttindakan intervensi dilakukan dengan mengubah cara pengajaran dan pembelajaran melalui kadeah Draw On Your Palm yang menggunakan ilustrasi pada tapak tangan. Kajian ini telah dijalankan selama 7 minggu melibatkan aktiviti selama 20-30 minit pada setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian diperoleh melalui keputusan ujian pasca yang membuktikan terdapat peningkatan markah pada ujian kognitif pelajar dan maklum balas soal selidik menunjukkan tindak balas yang amat baik terhadap kefahaman pelajar mengenai subtopik ini. Kaedah analisis data melbatkan kaedah pemerhatian kajian lapangan yang menunjukkan pelajar berminat mempelajarinya menerusi kaedah ini kerana ia mudah, senang dan menyeronokkan. Pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah ini boleh terus diamalkan oleh semua guru biologi ke arah meningkatkan minat dan penguasaan pelajar dalam subtopik Mekanisme Denyutan Jantung Tingkatan Empat.

Abstract: The mastery of the mechanism of heartbeat subtopic is very important for students because it is a basic concept that needs to be mastered in Biology subjects. A preliminary survey found that most students could not illustrate the structure of the heart well and they could not distinguish the parts and functions found in the left and right sides of the heart. Most students are not interested in this subtopic because they think that the structure of the heart is very complex. So this study aims to examine the effectiveness of the Draw On Your Palm method in improving mastery of the mechanism of heartbeat subtopic. A total of twenty respondents from Form Four biology students were involved in this study. The intervention is done by changing the way of teaching and learning through the Draw On Your Palm method that uses illustrations on the palm of the hand. This study was conducted in 7 weeks involving activities for 20-30 minutes in each teaching and learning session. The results of the post-test proved that scores on the students' cognitive tests increased and the responses for questionnaire showed a very good to the students' understanding of this subtopic. Observation shows that students are interested in learning through this method because it is simple, easy and fun. Teaching and learning using this method can be continued to be practiced by all biology teachers towards increasing students' interest and mastery in the Fourth Form Heartbeat Mechanism subtopic.

Downloads

Published

2022-03-31