KEBERKESANAN KURSUS PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN DALAM KALANGAN PEMIMPIN SEKOLAH (SLT) MENERUSI PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI SEMASA PASCA PANDEMIK DI NEGERI TERENGGANU [THE EFFECTIVENESS OF AN ACTION RESEARCH COURSE AMONG SCHOOL LEADERS (SLT) THROUGH ...]
Keywords:
Kajian Tindakan, Pemimpin sekolah, Integrasi Teknologi, Kesediaan, Action Research, School Leaders, Technology Integration, ReadinessAbstract
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) di bawah Anjakan ke-5 memfokuskan keutamaan sistem pendidikan Malaysia adalah memastikan penempatan pemimpin berprestasi tinggi di setiap sekolah. Sehubungan itu, Institut Aminuddin Baki, telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan Kursus Kajian Tindakan untuk meningkatkan kemahiran penyelidikan dan inovasi dalam kalangan pemimpin sekolah bagi tujuan membudayakan kajian tindakan dalam membuat penambahbaikan instruksional secara sistematik untuk melonjakkan pencapaian sekolah seiring dengan tuntutan Transformasi Sekolah 25 dan Revolusi Industri ke Empat (4IR). Justeru, kajian diskriptif ini bertujuan untuk meninjau tahap keberkesanan kursus penyelidikan Kajian Tindakan dalam kalangan pemimpin sekolah (SLT) sekolah rendah di negeri Terengganu. Oleh itu, keberkesanan kursus penyelidikan Kajian Tindakan diukur menerusi tahap pengetahuan dan kefahaman peserta tentang kajian Tindakan. Seramai 56 orang pemimpin sekolah (SLT) merupakan responden bagi kajian ini. Responden merupakan pemimpin SLT daripada dua buah daerah dalam negeri Terengganu iaitu Besut, dan Kemaman. Set soal selidik digunakan sebagai alat pengumpulan data dalam kajian ini. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan ‘Statistical Packages for Social Sciences’ (SPSS). Sehubungan itu, pelaporan kajian ini adalah berbentuk deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan kefahaman pemimpin sekolah (SLT) terlibat adalah pada tahap yang tinggi selepas menjalani Kursus Kajian Tindakan anjuran IAB. Selain itu, dicadangkan agar Kursus Kajian Tindakan memberi penekanan terhadap keupayaan menghasilkan kertas lengkap kajian dan membentangkan hasil kajian di semua peringkat.
The Malaysian Education Plan (PPPM 2013-2025) under the 5th Shift has outlined the main work focus of the Malaysian education system is to ensure that high-performing leaders are placed in every school. In relation to that, the Aminuddin Baki Institute, Ministry of Education Malaysia has been responsible for implementing an Action Research Course to improve research and innovation skills among school leaders for the purpose of cultivating action research in making systematic instructional improvements to boost school achievement in line with the demands of School Transformation 25 and The Fourth Industrial Revolution (4IR). Therefore, this descriptive study aims to review level of effectiveness for Action Research course among school leaders (SLT) in primary schools at the state of Terengganu. Therefore, the effectiveness of Action Research course is measured through the level of knowledge and understanding among the participants about Action Research. Sample of this study consisted of 56 school leaders (SLT) from two districts in the state of Terengganu, namely Besut and Kemaman. The instrument used in this study is a questionnaire. The data collected was analyzed using 'Statistical Packages for Social Sciences' and the findings were reported in descriptive form. The results shown that the level of knowledge and understanding of school leaders (SLT) is at a high level after undergoing the Action Research Course organized by the IAB. In addition, it is suggested that the Action Research Course emphasizes the ability to produce complete research papers and present research results at all levels.