PENGINTEGRASIAN PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL DALAM PEMBELAJARAN GENETIK KALANGAN MURID SAINS TINGKATAN EMPAT [INTEGRATION OF COMPUTATIONAL THINKING IN THE LEARNING OF GENETICS AMONG FORM FOUR SCIENCE STUDENTS]

Authors

  • WAN MAZURA WAN MEHAMMUD Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, Malaysia
  • NOR ASNIZA ISHAK Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, Malaysia

Keywords:

Pemikiran Komputasional, Sains, Genetik, Computational Thinking, Science, Genetic

Abstract

Pemikiran komputasional merupakan kemahiran yang menjadi prasyarat baharu untuk diintegrasikan dalam pendidikan pada masa kini. Pemikiran komputasional membolehkan murid melibatkan diri secara efektif dalam dunia digital masa kini dan seterusnya membolehkan mereka mendepani cabaran pekerjaan IR 4.0 serta kekal berdaya saing. Aspek kemahiran pemikiran komputasional boleh diaplikasikan oleh murid untuk menyelesaikan masalah kompleks dalam kehidupan yang sebenar seperti bidang genetik. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap kesukaran dalam bidang pembelajaran Genetik dan tahap kesediaan pemikiran komputasional dalam kalangan murid Sains Tingkatan Empat menerusi reka bentuk kajian kuantitatif. Instrumen kajian terdiri daripada soal selidik tahap kesukaran bidang pembelajaran Genetik dan tahap kesediaan pemikiran komputasional dalam kalangan murid Tingkatan Empat. Seramai 200 orang murid dari sekolah menengah di Pulau Pinang telah terlibat di dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa bidang pembelajaran Genetik seharusnya diberikan fokus utama kerana mempunyai tahap kesukaran yang tinggi. Seterusnya, dapatan kajian juga mendapati bahawa aspek pengetahuan murid terhadap pemikiran komputasional adalah tinggi untuk mengaplikasikan pemikiran komputasional di dalam pembelajaran. Maka, terdapat kesediaan untuk mengintegrasikan pemikiran komputasional dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam subjek sains khususnya bagi bidang pembelajaran Genetik seterusnya merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Computational thinking is a new prerequisite skill to be integrated in education today. Computational thinking enables students to engage effectively in today's digital world and further enables them to face the challenges of IR 4.0 jobs and remain competitive. Aspects of computational thinking skills can be applied by students to solve complex problems in real life such as genetics field. Therefore, this study was conducted to identify the level of difficulty in the field of learning Genetics and the level of readiness for computational thinking among form four students through a quantitative research design. The research instrument consists of a questionnaire on the level of difficulty in Genetics learning field and the level of readiness for computational thinking among form four students. A total of 200 students from secondary schools in Penang have been involved in this study. The findings of the study show that Genetic topic should be given the main focus because it has a high level of difficulty. Next, the research findings found that students' knowledge of computational thinking is high.Therefore, there is a readiness to integrate computational thinking in teaching and learning in science subjects, especially in the field of Genetics learning, further realizing the Malaysian Education Development Plan (PPPM) 2013-2025.

Downloads

Published

2022-09-17