Implementation of Pedagogical Content Knowledge (PCK) among Fiqh Teachers in Negara Brunei Darussalam

Authors

  • Siti Astri Hj Moksin Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam
  • Muhamad Zahiri Awang Mat Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam
  • Norwati Abu Bakar Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam

Keywords:

Content Knowledge, General Pedagogical Knowledge, Specific Pedagogical Knowledge, Context Knowledge, Islamic Education, Fiqh Teaching, Pengetahuan Isi Kandungan, Pengetahuan Pedagogi Am, Pengetahuan Pedagogi Khusus, Pengetahuan Konteks, Pendidikan Islam, Pengajaran Fiqh

Abstract

This study aims to identify the level of teacher pedagogical content knowledge (PCK) in teaching Fiqh subjects in religious schools in Negara Brunei Darussalam. For this purpose, there are four components of knowledge: content knowledge, general pedagogical knowledge, specific pedagogical knowledge, and context knowledge. The respondents comprised 469 Fiqh teachers in grades IV, V, and VI in Brunei Muara District, Tutong District, Kuala Belait District, and Temburong District, Negara Brunei Darussalam. Survey study methods are used, and stratified sampling is selected for data collection. Data from respondents was collected using a set of questionnaire instruments. The reliability value of Cronbach alpha for questionnaire instruments was high at 0.827. Quantitative data is descriptively analyzed using SPSS to get frequency, percentage, mean, and standard deviation. The findings showed that the level of content knowledge was very high level (Mean = 4.29). Meanwhile, general pedagogical knowledge (Mean = 4.10), specific pedagogical knowledge (Mean = 3.99), and context knowledge (Mean = 3.84) were at a high level. In conclusion, according to the findings of the study, Islamic religious teachers have good knowledge of the four components of pedagogical content knowledge. The implications of the study allow teachers to look comprehensively at their teaching practices as reflections in an effort to consolidate ways to develop the content of the lesson using appropriate teaching pedagogy.

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan pedagogikal isi kandungan (PPIK) dalam pengajaran Fiqh di sekolah-sekolah ugama, Negara Brunei Darussalam. Kertas kerja ini membincangkan empat komponen utama pengetahuan iaitu pengetahuan isi kandungan, pengetahuan pedagogi am, pengetahuan pedagogi khusus, dan pengetahuan konteks. Responden kajian melibatkan 469 orang guru-guru Fiqh Darjah IV, V, dan VI di Daerah Brunei Muara, Tutong, Kuala Belait dan Temburong, Negara Brunei Darussalam. Pendekatan kajian tinjauan dan persampelan berstrata digunakan untuk pengumpulan data. Data kajian dikumpul menggunakan set instrumen soal selidik. Nilai kebolehpercayaan alpha cronbach item soal selidik adalah tinggi iaitu 0.827. Data kuantitatif dianalisis secara deskriptif menggunakan SPSS untuk mendapatkan peratus, min, dan sisihan piawai. Kajian mendapati bahawa tahap PIK pada tahap yang sangat tinggi (Min = 4.29). Sementara, pengetahuan pedagogi am (Min = 4.10), pengetahuan pedagogi khusus (Min = 3.99), pengetahuan konteks (Min = 3.84) iaitu pada tahap tinggi. Kesimpulannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru ugama mempunyai pengetahuan yang baik terhadap empat komponen pengetahuan pedagogikal kandungan. Implikasi kajian membolehkan guru-guru melihat secara komprehensif amalan pengajaran mereka di samping sebagai refleksi mereka dalam usaha memantapkan cara untuk mengembangkan kandungan bahan pelajaran dengan menggunakan pedagogi pengajaran yang bersesuaian. 

Downloads

Published

2023-12-27