Peranan Aktiviti Kokurikulum dalam Pembangunan Kemahiran Insaniah dalam Kalangan Murid [The Role of Co-Curricular Activities in Developing Soft Skills Among Students]

Authors

  • Nazeri Mohammad Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands
  • Wan Ameran Wan Mat Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Negeri Sembilan

Keywords:

kemahiran insaniah, kepemimpinan insaniah, kebolehan interaksi, komunikasi berkesan, soft skills, student character, interaction skills, effective communication

Abstract

Kokurikulum ada peranan dan pengaruh sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam pembangunan individu. Namun begitu, daripada segi keseimbangan kepentingan, kerap terjadi peranan dan kepentingan kokurikulum di ke sampingkan sama ada secara disengajakan atau tidak disengajakan. Murid yang cemerlang tidak sekadar diukur berdasarkan kelayakan akademik mereka semata-mata, tetapi juga melalui penguasaan kemahiran insaniah seperti kemahiran kepimpinan, kerja berpasukan, komunikasi, etika dan moral profesional. Justeru itu, untuk ke arah itu semestinya murid perlu bersaing dan menonjolkan kemahiran yang ada semaksima mungkin dalam menempatkan diri mereka dalam kerjaya. Hal ini menjadi tugas penting institusi pendidikan untuk menyediakan platform yang pelbagai dalam usaha menggilap bakat dan kemahiran insaniah murid dan seterusnya melahirkan modal insan yang berkualiti bagi persediaan untuk memohon masuk ke universiti awam (UA) dan institusi pendidikan tinggi yang lain (IPTA). Hal ini menjadi asas tujuan kajian ini dijalankan iaitu untuk mengenalpsti faktor penglibatan murid dalam kokurikulum dan kaitannya dengan pembangunan kemahiran insaniah personal. Sebanyak 99 data responden yang terdiri daripada murid Tingkatan 5 SMKBM Kuala Lumpur dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 24.0 yang diyakini bersesuaian dengan kajian berbentuk kuantitatif. Analisis kajian ini menunjukkan terdapat beberapa faktor yang mendorong murid SMKBM Kuala Lumpur melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum. Walau bagaimanapun, item kategori menyertai dengan kehendak diri sendiri dan melihat terlebih dahulu keberkesanan daripada penganjuran program itu menjadi keutamaan yang mendorong mereka untuk menyertai aktiviti kokurikulum di SMKBM Kuala Lumpur. Adalah diyakini kokurikulum mempunyai pertalian yang rapat dengan pembentukan kemahiran insaniah yang berpotensi untuk menjadi wadah kepada pembinaan karakter kepada murid. Oleh itu, sewajarnyalah kokurikulum diletakkan di tempat yang hak dalam sistem pendidikan di Malaysia.

Co-curricular activities have a role and influence, either directly or indirectly, on individual development. Nevertheless, in terms of the balance of interests, it often happens that the role and importance of co-curricular activities are sidelined, either intentionally or unintentionally. Outstanding students are measured not only based on their academic qualifications but also through the mastery of soft skills such as leadership skills, teamwork, communication, ethics, and professional morals. Therefore, to go in that direction, students must compete and highlight the skills they have as much as possible when placing themselves in a career. This is an important task of educational institutions to provide a diverse platform to polish students' talents and soft skills and further produce quality human capital in preparation for applying to public universities (UA) and other higher education institutions (IPTA). This is the basis of the purpose of this study, which is to identify the factors influencing student involvement in co-curricular activities and their relationship with the development of personal soft skills. A total of 99 respondent data points, consisting of Form 5 students of SMKBM Kuala Lumpur, were analyzed using the Statistical Package for Social Science (SPSS) version 24.0 software, which is believed to be suitable for quantitative research. The analysis of this study shows that several factors encourage SMKBM Kuala Lumpur students to get involved in extracurricular activities. However, the item of the category participating with their own will and seeing in advance the effectiveness of the organization of the program is a priority that motivates them to participate in extracurricular activities at SMKBM Kuala Lumpur. It is believed that the co-curriculum has a close relationship with the formation of soft skills that have the potential to be a vehicle for character building for students. Therefore, the co-curriculum should be placed in its rightful place in the education system in Malaysia.

Downloads

Published

2024-03-12