Analisis Keperluan Latihan bagi Kursus Pengurusan Risiko Manusia dalam Organisasi Pendidikan Menggunakan Pendekatan Psikometrik

Authors

  • Tajulashikin Jumahat Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands, Kementerian Pendidikan Malaysia

Keywords:

Pengurusan Risiko Manusia, Kepimpinan Pendidikan, Analisis Keperluan Latihan, Analisis Faktor Penerokaan, Analisis Rasch, Human Risk Management, Educational Leadership, Training Needs Analysis, Exploratory Factor Analysis, Rasch Analysis

Abstract

Pengurusan risiko dalam organisasi pendidikan merupakan elemen penting yang perlu dititikberatkan oleh kepimpinan pendidikan. Kajian ini bertujuan untuk meneroka kerelevanan pelaksanaan kursus pengurusan risiko manusia dalam kalangan pemimpin di sekolah dengan melaksanakan analisis keperluan latihan (TNA) menggunakan pendekatan psikometrik. Oleh itu, satu instrumen TNA iaitu Instrumen Pengurusan Risiko Manusia (INPERISMA) telah dibina bagi mengukur tiga dimensi yang relevan bagi melihat aspek pengurusan risiko manusia dalam organisasi pendidikan iaitu Analisis Individu, Analisis Organisasi dan Analisis Kepimpinan. Seramai 150 orang pemimpin sekolah dari pelbagai lapisan telah dipilih untuk meninjau tahap pengetahuan, amalan dan kepimpinan mereka terhadap keperluan pengurusan risiko manusia dalam organisasi pendidikan. Keputusan analisis deskriptif menunjukkan bahawa dimensi Analisis Individu, Analisis Organisasi dan Analisis Kepimpinan berada pada tahap sederhana yang memberi justifikasi bahawa wujud keperluan untuk melaksanakan kursus pengurusan risiko manusia dalam kalangan pemimpin di sekolah. Berdasarkan pendekatan psikometrik, bukti keesahan dan kebolehpercayaan INPERISMA diperoleh melalui analisis faktor penerokaan (EFA) dan analisis Rasch. Keputusan prosedur EFA dan prosedur analisis Rasch telah menunjukkan bahawa INPERISMA merupakan instrumen yang sah dan boleh dipercayai bagi mengukur keperluan kursus pengurusan risiko manusia dalam organisasi pendidikan. Berdasarkan penemuan kajian ini, maka kursus pengurusan risiko manusia dalam organisasi pendidikan berpotensi untuk dilaksanakan dalam kalangan pemimpin sekolah disamping penghasilan instrumen atau alat ukur yang berwibawa bagi tujuan TNA.

Risk management in educational organizations is an important element that needs to be emphasized by educational leadership. This study aims to explore the relevance of initiating a human risk management course among school leaders by implementing a training needs analysis (TNA) using psychometric approaches. Therefore, a TNA instrument which is called Human Risk Management Instrument (INPERISMA) has been developed to measure three relevant dimensions to explore the aspects of human risk management in educational organizations namely Individual Analysis, Organizational Analysis and Leadership Analysis. A total of 150 school leaders were selected to review their level of knowledge, practice and leadership towards the needs of human risk management in educational organizations. The results of the descriptive analysis show that the dimensions of Individual Analysis, Organizational Analysis and Leadership Analysis are at a moderate level which justifies that there is a need to implement human risk management courses among school leaders. Based on psychometric approaches, the evidence of validity and reliability of INPERISMA were obtained through exploratory factor analysis (EFA) and Rasch analysis. The results of EFA and Rasch analysis have shown that INPERISMA is a valid and reliable instrument for measuring the need for human risk management courses in educational organizations. Based on the findings, the human risk management course in educational organizations has the potential to be implemented among school leaders in addition to the development of an authoritative instrument or a measuring tool for the purpose of TNA in this respect.

Downloads

Published

2023-12-04