Amalan Kepimpinan Transformasi Pengetua dan Implikasinya terhadap Kepuasan Kerja Guru Bimbingan dan Kaunseling di Malaysia

Authors

  • Indran Subrumanian Jabatan Pengurusan Hal Ehwal Murid dan Kaunseling, Institut Aminuddin Baki, Malaysia
  • Ratnadevi Shunmugam Jabatan Pembangunan, Pengurus, Pemimpin dan Eksekutif Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, Malaysia

Keywords:

Kepimpinan Transformasi, Kepuasan Kerja, Guru Bimbingan dan Kaunseling, Transformational Leadership, Job Satisfaction, Guidance and Counselling Teacher

Abstract

Kepimpinan transformasi pengetua memainkan peranan penting dalam menggerakkan guru bimbingan dan kaunseling untuk menghadapi perubahan yang berlaku dalam organisasi. Bidang tugas dan suasana persekitaran guru bimbingan dan kaunseling di sekolah yang semakin rencam dan kompleks memberi impak kepada kepuasan kerja mereka. Kajian ini adalah bertujuan untuk menentukan hubungan antara kepimpinan transformasi pengetua dengan kepuasan kerja guru bimbingan dan kaunseling. Pemboleh ubah kepimpinan transformasi pengetua melibatkan empat dimensi iaitu karisma, merangsang intelek, bertimbang rasa secara individu dan motivasi inspirasi manakala kepuasan kerja guru bimbingan dan kaunseling melibatkan enam dimensi iaitu  fisiologi, keselamatan, hubungan, fasiliti, kebajikan dan kewangan. Kajian ini adalah berbentuk tinjauan menggunakan soal selidik yang melibatkan sampel seramai 122 orang guru bimbingan dan kaunseling yang dipilih secara rawak. Analisis data dilaksanakan menggunakan SPSS Versi 26 yang melibatkan korelasi pearson. Analisis korelasi pearson menunjukkan terdapat hubungan yang positif secara kesignifikan kepimpinan transformasi pengetua dengan dimensi kepuasan kerja guru bimbingan dan kaunseling iaitu fisiologi, keselamatan, hubungan, kebajikan dan kewangan kecuali dimensi fasiliti. Implikasi kajian menunjukkan kepimpinan transformasi pengetua dapat meningkatkan kepuasan kerja dalam kalangan guru bimbingan dan kaunseling dan menambah baik perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang berkualiti di sekolah.

Transformational leadership in school plays an important role in mobilizing guidance and counselling teachers to face the changes that occur in the organization. The field of work and the environment of guidance and counselling teachers in schools which are increasingly complex have an impact on job satisfaction. This study aims to determine the relationship between the principal's transformational leadership and the job satisfaction of guidance and counselling teachers. The principal's transformational leadership variable involves four dimensions namely charisma, intellectual stimulation, individual consideration, and inspirational motivation while the job satisfaction of guidance and counselling teachers involves six dimensions of physiology, safety, relationship, facility, welfare, and finance. This is a survey study using questionnaire. A total of 122 samples of counselling teachers were selected randomly for the study. Data analysis was performed using SPSS Version 26 involving Pearson correlation. Pearson's correlation analysis shows that there is a significant positive relationship between the principal's transformational leadership and the job satisfaction dimensions of guidance and counselling teachers, namely physiology, safety, relationships, welfare, and finance, while there is no relationship with the facility dimension. The implications of the study show that the principal's transformational leadership can increase job satisfaction among guidance and counselling teachers as well as improve quality guidance and counselling services in schools.

Downloads

Published

2023-12-03