Analisis Kelebihan, Cabaran Pelaksanaan dan Kepelbagaian Strategi Penjanaan Masalah Matematik
Keywords:
Problem posing strategy, problem solving strategy, Polya’s Model, Strategi penjanaan masalah, strategi penyelesaian masalah, Model PolyaAbstract
Strategi penjanaan masalah matematik merupakan suatu pendekatan pembelajaran yang menekankan kepada keterlibatan aktif murid dalam pembelajaran. Ini adalah kerana, murid mempunyai otonomi untuk menjana masalah yang baharu mahupun menukar data atau situasi daripada masalah atau soalan yang diberi. Artikel ini mengulas sorotan literatur berkaitan strategi penjanaan masalah matematik untuk melihat faktor-faktor yang signifikan dalam pelaksanaan strategi ini sebagai satu intervensi dalam meningkatkan tahap pencapaian matematik murid. Sebagai permulaan, 20 artikel yang dipilih daripada pangkalan data Scopus, ERIC dan Google Scholar disunting dan dikategorikan kepada tiga faktor utama iaitu kelebihan yang diperoleh murid, kesukaran pelaksanaan dan pelbagai kaedah melaksanakan strategi penjanaan masalah matematik. Tambahan lagi, tiga faktor besar yang dikaji ini mampu menyumbang kepada model pelaksanaan strategi penajaan masalah yang efektif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran matematik. Akhir sekali, jurang kajian yang dikenalpasti menerusi tinjauan literatur ini akan turut dibincangkan.
Mathematical problem posing strategy is a learning approach that emphasizes the active involvement of students in learning. This is because, students have the autonomy to generate new problems as well as change data or situations from a given problem or question. This article reviews the literature related to mathematical problem posing strategies to look at the significant factors in the implementation of these strategies as an intervention in improving student’s mathematical achievement. For a start, 20 articles selected from the Scopus, ERIC and Google Scholar databases were edited and categorized into three main factors namely benefits gained by students, problems encountered as well as various strategies used related to mathematical problem posing. In addition, the three major factors studied are able to contribute to the model of implementation of effective problem posing strategy in mathematics teaching and learning sessions. Finally, the research gaps identified through this literatur survey will also be discussed.