Tahap Tekanan Psikologikal Dalam Kalangan Mahasiswa: Satu Tinjauan Di Kolej Komuniti Temerloh
Keywords:
stres, kebimbangan, kemurungan, DASS-21, punca tekanan psikologi, stress, anxiety, depression, causes of psychological pressureAbstract
Tekanan psikologi bukanlah perkara asing bagi golongan muda, terutamanya pelajar. Tekanan psikologi yang berterusan ke atas seseorang boleh menyebabkan penyakit mental yang serius seperti gangguan kecemasan, gangguan kemurungan, dan skizofrenia. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap stres, kebimbangan, dan kemurungan di kalangan pelajar, serta mengenal pasti faktor tekanan psikologi di kalangan pelajar di Kolej Komuniti Temerloh. Kajian ini melibatkan jumlah sampel pelajar lelaki dan perempuan sebanyak 123 daripada 4 program dalam Sesi I 2022/2023. Instrumen penyelidikan yang digunakan untuk mengukur tekanan psikologi adalah Skala Kemurungan Kecemasan Stres (DASS-21), dengan menggunakan kaedah kuantitatif melalui tinjauan dalam talian menggunakan google forms. Kebolehpercayaan tinjauan telah diuji dan dievaluasi dengan pekali Alfa Cronbach sebanyak 0.731 untuk item dan pemboleh ubah yang terlibat, manakala kebolehpercayaab item-item tersebut diperoleh melalui perbincangan dengan Jawatankuasa Unit Penyelidikan dan Inovasi Kolej Komuniti Temerloh (KuPIK). Data yang dikumpul dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 16.0 untuk windows. Kajian mendapati skor purata tekanan adalah 1.48, menunjukkan tahap tekanan yang rendah, manakala skor kebimbangan bagi pelajar juga rendah pada tahap 1.93. Skor kemurungan juga rendah iaitu 1.53. Didapati bahawa skor purata faktor kewangan adalah 3.51 (memuaskan), iaitu terendah diikuti dengan ilmu berkenaan tekanan psikologi sebanyak 3.62 (memuaskan), manakala selebihnya adalah faktor pembelajaran (3.74), faktor rakan sebaya (3.93), dan faktor keluarga (4.02). Oleh itu, pemantauan dan kajian berterusan oleh pihak yang bertanggungjawab perlu dilakukan dengan lebih kerap bagi memastikan kesihatan mental mahasiswa dalam keadaan terkawal dan baik.
Psychological pressure is no stranger to young people, especially students. Continuous psychological pressure on an individual can lead to serious mental illnesses such as anxiety disorders, depressive disorders, and schizophrenia. The objective of the study is to identify the levels of stress, anxiety, and depression among students, as well as to identify psychological stress factors among students at Temerloh Community College. This study involved a total of 123 male and female student samples from 4 programs in Session I 2022/2023. The research instrument used to measure psychological pressure was the Depression Anxiety Stress Scale (DASS-21), employing a quantitative method through an online survey using google forms. The reliability of the survey was tested and evaluated with a Cronbach's Alpha coefficient of 0.731 for the items and variables involved, while the validity of the items was obtained through discussions with the Research and Innovation Unit Committee of Temerloh Community College (KuPIK). The collected data was analyzed using the Statistical Package for Social Sciences (SPSS) for windows version 16.0. The study found that the average stress score was 1.48, indicating a low level of stress, while the anxiety score for students was 1.93, also at a low level. The depression score was also low at 1.53. It was found that the average score for the financial factor is 3.51 (satisfactory), which is the lowest, followed by knowledge about psychological stress at 3.62 (satisfactory), while the remaining factors are learning (3.74), peer factor (3.93), and family factor (4.02). Therefore, continuous monitoring and studies by the responsible parties need to be conducted more frequently to ensure the mental well-being of students is well-managed and in good condition.