Pembangunan Modul Kursus Asas Mekanik Struktur (KAMS) Berasaskan Teori Konstruktivisme bagi Program Teknologi Pembinaan di Kolej Vokasional

Authors

  • Mohd Zulhilmi Ab Kadir Faculty of Technical and Vocational, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak
  • Mohd Azlan Mohammad Hussain Faculty of Technical and Vocational, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak

Keywords:

kebolehgunaan, mekanik struktur, konstruktivisme, vokasional, pendidikan

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Modul Pembelajaran Kursus Asas Mekanik Struktur (KAMS) berasaskan Teori Konstruktivisme bagi Program Teknologi Pembinaan di Kolej Vokasional (KV). Kajian ini menggunakan Pendekatan Reka Bentuk dan Pembangunan (Design and Development Research, DDR) yang melibatkan tiga fasa utama iaitu fasa analisis keperluan, fasa reka bentuk dan pembangunan serta fasa penilaian. Data fasa analisis keperluan dikutip dengan menggunakan instrumen soal selidik terhadap 40 orang pensyarah Program Diploma Teknologi Pembinaan KV yang mengajar KAMS. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif untuk mengetahui nilai kekerapan, peratusan dan min. Bagi fasa reka bentuk dan pembangunan, data dikumpul dan dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan menggunakan sumber-sumber bahan bercetak seperti dokumen dan buku bagi tujuan reka bentuk modul. Manakala bagi proses kesahan kandungan modul, instrumen soal selidik digunakan terhadap tujuh orang pakar bagi mendapatkan pandangan pakar terhadap kesesuaian dan ketepatan kandungan modul. Fasa penilaian pula melibatkan tinjauan terhadap kebolehgunaan modul menggunakan instrumen soal selidik USE yang diedarkan kepada 38 orang pelajar Teknologi Pembinaan Kolej Vokasional. Data dianalisis secara statistik deskriptif bagi mendapatkan nilai kekerapan dan min. Dapatan mendapati nilai purata min bagi setiap elemen kebolehgunaan adalah 4.44 yang menunjukkan tahap kebolehgunaan yang tinggi pada elemen kebolehgunaan kegunaan (usefulness), Kemudahan penggunan (Ease of use), Kemudahan belajar (Ease of learning) dan kepuasan (satisfaction).

Downloads

Published

2023-03-27