TAHAP EFIKASI KENDIRI DAN AMALAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 GURU PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH [SELF EFFICACY AND 21st LEARNING PRACTICES AMONG ISLAMIC EDUCATION’S PRIMARY SCHOOL]
Keywords:
Efikasi kendiri, amalan pembelajaran abad ke-21, guru Pendidikan Islam, Self efficacy, 21st century learning practices, Islamic Education’s primary teachersAbstract
Abstrak: Efikasi kendiri memainkan peranan penting bagi membangunkan sektor pendidikan yang berkualiti dan berdaya saing. Guru yang merupakan tonggak utama dalam sistem pendidikan di negara ini bukan sahaja perlu memiliki ilmu pengetahuan serta kemahiran yang luas terhadap bidang ilmu yang disampaikan, malah perlu memiliki aspek dalaman yang kuat seiring dengan transformasi pendidikan yang berlaku pada masa kini. Sehubungan itu, kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap efikasi kendiri dan tahap amalan pembelajaran abad ke-21 guru Pendidikan Islam sekolah rendah serta hubungannya terhadap perlaksanaan pembelajaran abad ke-21 di sekolah. Kajian kuantitatif berbentuk tinjauan ini menggunakan instrumen soal selidik bagi mengumpulkan dapatan kajian. Seramai 106 orang guru Pendidikan Islam sekolah rendah yang berkhidmat di 25 buah sekolah rendah di daerah Jasin, Melaka telah dipilih secara rawak mudah dalam kajian ini. Dapatan kajian ini dijelaskan melalui nilai peratus, min, sisihan piawai serta Korelasi Pearson yang mana dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for The Social Science (SPSS) Versi 25. Secara keseluruhannya, kajian ini menjelaskan tahap efikasi kendiri dan tahap amalan pembelajaran abad ke-21 guru-guru Pendidikan Islam sekolah rendah adalah tinggi. Analisis Korelasi Pearson pula menunjukkan terdapatnya hubungan signifikan yang kuat antara tahap efikasi kendiri guru Pendidikan Islam sekolah rendah dengan amalan pembelajaran abad ke-21 di bilik darjah. Secara tidak langsung dapatan kajian ini menunjukkan aspek efikasi kendiri membantu guru melaksanakan amalan pembelajaran abad ke-21 di bilik darjah secara konsisten serta mewujudkan aktiviti pembelajaran yang lebih kreatif dan berdaya saing.
Abstract: Self efficacy plays an important role in developing a quality and competitive education sector. Teachers who are the mainstay in the education system in this country not only need to have extensive knowledge and skills in the field of knowledge imparted, but also need to have a strong internal aspect in line with the transformation of education nowadays. Accordingly, this research was done to identify the level of self-efficacy and 21st learning practices among Islamic Education’s primary teachers. This study also was aimed to find the relationship of self -efficacy and 21st learning practices among Islamic Education’s teacher in primary school. This is quantitative study that uses a questionnaire as an instrument to collect research findings. A total of 106 Islamic Education’s primary teachers serving in 25 primary schools in the district of Jasin, Melaka were selected at simple random in this research. The findings of this research are explained through percentage values, mean, standard deviation and Pearson Correlation which were analyzed using Statistical Package for The Social Science (SPSS) Version 25. As a conclusion, this research explains that the level of self-efficacy and 21st learning practices among Islamic Education’s primary teacher is high. Pearson Correlation Analysis also shows that there is a strong significant relationship between the level of self-efficacy of Islamic Education’s primary teachers with 21st century learning practices in the classroom. Indirectly, the findings of this study show that the aspect of self-efficacy helps teachers implement 21st century learning practices in the classroom consistently as well as create more creative and competitive learning activities.
References
Ab. Halim Tamuri & Mohamad Khairul Azman Ajuhary. 2010. Amalan pengajaran puru Pendidikan Islam berkesan berteraskan konsep Mu'allim. Journal of Islamic and Arabic Education 2(1): 43-56.
Azalida Tajudin & Norazilawati Abdullah. 2018. Kesediaan guru Sains sekolah rendah terhadap perlaksanaan pembelajaran abad ke-21. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia 8(1): 82-97.
Bernard Tahim Bael, Suppiah Nachiappan & Maslinda Pungut. 2021. Analisis kesediaan guru dalam perlaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pembelajaran, pengajaran dan pemudahcaraan abad ke 21. Muallim Journal of Social Science and Humanities (MJSSH) 5(1): 100-119.
Choong Lean Keow. 2011. Murid dan Alam Belajar (Edisi kedua). Subang Jaya, Selangor: Kumpulan Budimas Sdn. Bhd.
Chew Fong Peng & Nur Atikah Ali Jinah. 2020. Sikap, motivasi dan pelaksanaan strategi Think-Pair-Share dalam pengajaran kemahiran menulis guru Bahasa Melayu sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu (JPBM) 10(1): 37-47.
Chua Yan Piaw. 2014. Asas Statistik Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill Education (Malaysia) Sdn. Bhd.
Dina Amira Hashim & Mohamed Yusoff Mohd Nor. 2019. Tahap kepimpinan coaching guru besar dan kesediaan guru dalam pelaksanaan aembelajaran Abad ke-21 di sekolah rendah. International Journal for Education and Pedagogy 1(1): 50-71.
Faridah Nazir, Faiziah Hj. Shamsudin & Amran Bakar. 2017. Pengajaran dan Abad 21. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.
Habibah@Artini Ramlie & Zaharah Hussin. 2017. Ciri-ciri guru Pendidikan Islam profesional (GPI) berasaskan Riadhah Ruhiyyah menurut pandangan Al-Ghazali: analisis kandungan bab adab terhadap guru dalam kitab Ihya' Ulum Al-Din'. Al-Hikmah 9(2): 57-77.
Hariyanti Abd Hamid, Maheran Baharum & Azizah Sarkowi. 2019. Pengaruh efikasi kendiri terhadap motivasi dan pencapaian akademik siswa pendidik. Jurnal IPDA 26: 104-112.
Hasliza binti Ibrahim, Siti Noor binti Ismail, Mohamad Adnan bin Mohamad Kassim & Suhaila binti Mohamad. 2016. Iklim sekolah dan efikasi kendiri dalam kalangan guru bimbingan dan kaunseling sekolah menengah di Kelantan. International Seminar on Generating Knowledge Through Research. Universiti Utara Malaysia: Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden, hal. 25-27.
Jaggil Apak & Muhamad Suhaimi Taat. 2018. Hubungan tingkah laku pemupukan kreativiti guru dengan pengurusan bilik darjah abad ke-21. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) 3(3): 64-79.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Khalid Johari. 2006. Perkembangan efikasi guru sekolah menengah di Sabah. Jurnal Kemanusiaan 20: 32-43.
Krejcie R.V & Morgan D.W. 1970. Determining sample size for research activities. Educational and psychological measurement 30: 607-610.
M Puspanathan Mayan & Mahaliza Mansor. 2020. Hubungan antara amalan kepimpinan distributif dengan efikasi kendiri dan komuniti pembelajaran profesional guru di Kuala Lumpur. Management Research Journal 9(2): 70-83.
Mashira Yahaya, Rusyati Hanafiah, Nor Sazila Zakaria, Rohana Osman & Khairul Anuar Bahrin. 2019. Amalan pembelajaran abad ke-21 (PAK 21) dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) guru-guru sekolah rendah. Jurnal IPDA 26: 13-24.
Mazarul Hasan Mohamad Hanapi, Maizura Komari & Norazimah Zakaria. 2020. Kesediaan guru Pendidikan Islam dalam perlaksanaan pembelajaran abad ke-21. International Journal of Education and Pedagogy 2(2): 9-17.
Maziatusina Ishak, Hazlina Abdullah, Sakinah Ahmad & Yuslina Mohamed. 2018. Mendepani cabaran era revolusi industri 4.0 : Hubungan amalan pembelajaran berterusan dengan prestasi peranan guru Pendidikan Islam sebagai agen perubahan masyarakat. Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam. Universiti Sultan Zainal Abidin, hal.729-738
Mistirine Radin & M. Al-Muz-zammil Yasin. 2018. Perlaksanaan pendidikan abad ke-21 di Malaysia: Satu Tinjauan Awal. Sains Humanika 1-6.
Mohd Hasaidi Hassan & Nadarajan Thambu . 2018. Efikasi kendiri guru Pendidikan Moral di sekolah menengah: satu kajian rintis. Muslim Journal of Social Science and Humanities (MJSSH) 2(3): 161-176.
Mohd Khairuddin Abdullah & Halimah Laji. 2015. Kepimpinan pengajaran dan sikap guru Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 4(1): 48-58.
Muhammad Sabri Sahrir, Nurulhuda Osman & Ilyani Syiham Muhammad. 2020. Aplikasi ‘Konsep 4C’ pembelajaran abad ke-21 dalam kalangan guru pelajar sarjana mod pengajian Pendidikan Bahasa Arab cuti sekolah UIAM. e-Jurnal Bahasa dan Linguistik, 2(1): 12-22.
Noor Azizah Jakaria, Muslihah Mazlan, Norizan Samri & Siti Nur Afiqah Shafie. 2020. Perbezaan efikasi kendiri terhadap pembangunan kerjaya berdasarkan faktor demografi. Jurnal ‘Ulwan 5(1): 223-235.
Noornajihan Jaafar & Ab. Halim Tamuri . 2013. Hubungan antara efikasi kendiri dengan kualiti Guru Pendidikan Islam sekolah menengah kebangsaan Malaysia. Journal of Islamic and Arabic Education 5(1): 41-60.
Norma Jusof & Mohd Isa Hamzah. 2020. Kemahiran guru Pendidikan Islam di sekolah rendah terhadap pelaksanaan pengajaran berpusatkan murid: satu analisa. International Journal of Education and Pedagogy 2(3): 1-26.
Noriati A. Rashid, Boon Yoon Peng & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. 2009. Murid dan Alam Belajar. Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Nor Shela Saleh & Mohd Shafie Rosli. 2019. Kepentingan pembelajaran abad ke 21 terhadap potensi kebolehpasaran modal insan. Innovative Teaching and Learning Journal 2(2): 71-81.
Rohani Arbaa, Hazri Jamil & Mohammad Zohir Ahmad. 2017. Model bersepadu penerapan kemahiran abad ke-21 dalam pengajaran dan pembelajaran. Jurnal Pendidikan Malaysia 42(1): 1-11.
Rosinah Edinin. 2012. Penyelidikan Tindakan:Kaedah dan Penulisan. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.
Saadiah Shuaib, Jamal @ Nordin Yunus & Hamidah Yusof. 2020. Pembangunan profesionalisme guru terhadap efikasi kendiri guru sekolah menengah di Negeri Selangor. Evaluation Studies in Social Sciences 9(2): 37-48.
Shanti A/P Gobalakrishnan & Abdul Said Ambotang. 2019. Pengaruh tahap akauntabiliti guru, peranan pentadbir dan efikasi kendiri guru terhadap pelaksanaan pengajaran abad ke-21 sekolah rendah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) 4(6): 170-180.
Slavin, R. E. 1995. Cooperative Learning: Theory, Research and Practice. Boston: Allyn and Bacon.
Raja Abdullah Raja Ismail & Daud Ismail. 2018. Aplikasi konsep '4C' pembelajaran abad ke-21 dalam kalangan guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail. Asian People Journal (APJ) 1(1): 45-65.
Zulyna Adila Zainuddin & Faridah Mydin Kutty. 2021. Hubungan antara efikasi kendiri dan motivasi terhadap pencapaian akademik pelajar perempuan jurusan STEM. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) 6(3): 180-190.
Zuraidah Abdullah, Zulkifli A, Manaf, Nik Mustafa Mat Ali & Mohammad Ismath Ramzy. 2016. Pemerkasaan guru Bahasa Melayu melalui penyeliaan kembang tumbuh dan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) di lima sekolah menengah daerah Kuala Lipis . Jurnal Kepimpinan Pendidikan 3(2): 42-59.