PERANAN TEORI PSIKOLINGUISTIK DALAM PENDIDIKAN BAHASA ARAB [THE ROLE OF PSYCHOLINGUISTIC THEORY IN ARABIC LANGUAGE EDUCATION]
Keywords:
Psikolinguistik, behaviourisme, kognitif, konstruktivisme, teori perkembangan bahasa, Psycholinguistics, behaviorism, cognitive, constructivism, language development theoryAbstract
Abstrak: Psikolinguistik adalah ilmu mengenai proses pemikiran dan tingkah laku manusia dengan menjadikan bahasa sebagai objek kajian. Perkembangan ilmu psikolinguistik menumpukan kepada perubahan tingkah laku manusia berdasarkan cara berfikir dan bagaimana ia digunakan dalam pemerolehan bahasa. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti peranan teori psikolinguistik dan fungsinya dalam strategi pembelajaran bahasa. Selain untuk mengenal pasti teori pembelajaran yang mendasari strategi pembelajaran bahasa. Kajian ini adalah kajian berbentuk kualitatif dengan kaedah analisis dokumen. Data di analisis secara tematik dengan menyatakan peranan dan teori psikolinguistik yang mendasari strategi pembelajaran bahasa. Hasil kajian mendapati terdapat empat teori pembelajaran utama yang menjadi tunjang pembelajaran bahasa iaitu teori behaviorisme, teori kognitif, teori konstruktivisme dan teori perkembangan bahasa. Selain mewujudkan suasana kondusif di dalam bilik darjah, penggunaan teori pembelajaran yang sesuai dapat menambah pengetahuan sedia ada pelajar kepada penemuan baharu. Malah pelajar berpeluang untuk menonjolkan diri melalui interaksi sosial. Oleh itu, penggubal kurikulum dan guru hendaklah memahami teori psikolinguistik yang tertentu untuk dijadikan asas pembinaan modul pembelajaran agar dapat membantu pelajar mencapai penguasaan bahasa Arab secara optimum.
Abstract: Psycholinguistics is the science of human thought processes and behavior by making language the object of study. The development of psycholinguistics focuses on the change of human behavior based on the way of thinking and how it is used in language acquisition. The purpose of this study was to identify the role of psycholinguistic theory and its function in language learning strategies. In addition to identifying the learning theories that underlie language learning strategies. This study is a qualitative study with document analysis method. Data are analyzed thematically by stating the role and psycholinguistic theories that underlie language learning strategies. The results of this study found four main learning theories that are the backbone of language learning, namely behaviorism theory, cognitive theory, constructivism theory and language development theory. In addition to creating a conducive atmosphere in the classroom, the use of appropriate learning theories can add to students' existing knowledge to new discoveries. Even students have the opportunity to stand out through social interaction. Therefore, curriculum developers and teachers must understand certain psycholinguistic theories to be the basis for the construction of learning modules in order to help students achieve optimal command of Arabic.
References
Akhiruddin. 2019. Ahammiyat ‘ilm al-Lughah al-Nafsi. Jurnal Pendidikan dan Bahasa Arab 3(2):121-128.
Anuar Sopian. 2017. Kecenderungan Pelajar Terhadap Pembelajaran bahasa Arab di UiTM Alor gajah, Melaka. Dlm. Mohd Shahrizal Nasir, Muhammad sabri Sahrir, Zulazhan Ab.Halim, Mohd Firdaus Yahaya & Nurazan Mohmad Rouyan (pnyt.). Penataran Pendidikan Bahasa Arab di Peringkat Pengajian Tinggi. Kuala Nerus: Penerbit Universiti Sultan Zainal Abidin.
Bertaria Sohnata Hutaurak. 2015. Chlidren First Language Acquisition at age 1-3 years old in Balata. IOSR Journal Of Humanities And Social Science (IOSR-JHSS) 20(8): 51-57.
Bringmann, U. 1990. The Foundation of Institute for Experimental Psychology at Leipzig University. Psychological Research 42: 13-20.
Chomsky, N. 1965. Aspects of the theory of Syntax. Cambridge: MIT press.
Dardjowidjojo, Soenjono. 2007. Psikolinguistik: Memahami Asas Pemerolehan Bahasa. Selangor: PTS Profesional.
Dardjowidjojo, Soenjono. 2104. Psikolinguistik “Pengantar Pemahaman Bahasa Manusia. Jakarta: Yayasan Pustaka Obor.
Habib Maulana Maslahul Adi. 2020. Teori Belajar Behaviorisme Albert Bandura dan Implikasinya dalam Pembelajaran Bahasa Arab. Jurnal Ilmu Bahasa Arab dan Pembelajarannya 10(1): 22-31.
Kamarul Shukri Mat Teh. 2009. Penggunaan strategi pembelajaran bahasa Arab dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Agama. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Khazriyati, S. 2018. PSIKOLINGUISTIK: Penerokaan Minda Berlandaskan Bahasa. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd Nasir Mod Nor & Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, 2019. Pembelajaran Bahasa Arab di Luar Bilik Darjah Modul Muhkayyam. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Muhammad Mahmudi, 2016. Penerapan Teori Behavioristik dalam pembelajaran Bahasa Arab Kajian Terhadap Pemikiran BF.Skinner. Prosiding Konferensi Nasional Bahasa Arab II, hlm. 429-435.
Muhammad Rusydi. 2013. Pendidikan Karakter Pada Psikolinguistik Bahasa Arab. Jurnal Al-Ulum 13(1): 73-86.
Piaget, Jean. 1954. The Construction of Reality in the Child. New York: Ballantine Books.
Rogayah Mohd Zain dan Harun Baharudin. 2017. Pengaruh Psikolinguistik Terhadap Suprasegmental Dalam Pertuturan Bahasa Arab.
Siti Alawiah Sahri, Harun Baharudin & Maimun Aqsha Lubis. 2018. Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa Arab (SPBA) dalam kalangan pelajar di Malaysia. The 11th International Workshop and Conferrence of Asean Studies in Linguistics, Islamic and Arabic Education, Social Science and Educational Technology, hlm. 532-539.
Warren, P. 2014. Introducing Psycholinguistics. Cambridge: Cambridge University Press.
Yahya. 2020. Perkembangan Bahasa Anak Menurut Noam Chomsky dan Eric Lenneberg. Tesis Sarjana. Fakultas Tarbiyah dan Ilmu Keguruan Jurusan Tarbiyah, Institut Agama Islam Negeri Palangka Raya.
Yusuf, M. 2019. Psikolinguistik Dalam Metodologi Pembelajaran Bahasa Arab di era Postmetode. Jurnal Al Mi’yar 2(2): 183-202.
Zulhannan, 2017. Bahasa Arab dan Psikolinguistik: Kajian Konseptual dan Historis. Jurnal: Al-Bayan 9(2): 249-262.